Jumaat, 22 April 2022

KORBAN COVID 19 TERUS MENINGKAT 

Oleh. Huzera Ben

Brazil. Dalam pelbagai jenis virus covid 19 menyerang setiap negara diseluruh dunia empat negara masih terlindung dari kematian serangan virus tersebut. 

Antara negara negara terlibat yang masih terlindung dari kematian serangan virus covid 19 ialah, Macau, Curacao, Kota Vatican dan Sint Maarten walau pun terdapat kes jangkitan namun tidak ada sebarang kematian sehingga hari ini. 

Dunia telah merekodkan kematian serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 6,284,775 orang, jumlah jangkitan berjumlah 511,92÷,056 orang manakala rekod dalam rawatan hari ini berjumlah 47,748,935 orang.

Sehingga hari ini seluruh negara negara maju yang mencatatkan kematian tertinggi akibat serangan pelbagai virus covid 19 didahului Amerika Syarikat dengan jumlah 1,017,609 yang bermula sejak tahun 2020 sehingga hari ini, disusuli negara Brazil berjumlah 662,556 orang manakala negara India berjumlah 522,116 orang dan Rusia berjumlah 374,563 orang.

Turut merekodkan kematian tertinggi didalam negara negara maju yang  diserang virus covid 19 sejak tahun 2020  melibatkan negara Mexico dengan jumlah 324,033 orang, disusuli negara Peru dengan jumlah 212,715 orang, negara United Kingdom berjumlah 173, 032 orang, manakala negara Itali mencaratkan kematian  berjumlah 162,246 0rang.

Turut merekodkan kematian tertinggi serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 ialah negara Sepanyol berjumlah 159,605 orang sehingga hari ini, negara Indonesia berjumlah 156,040 orang disusuli negara Perancis berjumlah 144,799 orang, negara Iran berjumlah 140,940 orang dan negara Colombia berjumlah 139,759 orang.

Bagi negara Jerman jumlah kematian serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 sehingga masa kini  134,284 orang, negara Argentina berjumlah 128,344 orang, negara Poland berjumlah 115,926 orang, negara Ukarine berjumlah 108,296 dan negara Afrika Selatan berjumlah 100,276  orang. 

Langkah bagi mengawal virus covid 19 adalah menggandakan SOP dengan sentiasa memakai pelitup muka semasa keluar rumah menuju ketempat awam serta menaiki mana mana pengangkutan awam serta sentiasa membersihkan diri sentiasa.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, dan memuat iklan niaga serta mencetak atau memuat turun berita didalam akbar ini tanpa  kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan