Selasa, 19 April 2022

Oleh. Norafzah Dollah

SIAPA PENGHUNI KK ? 

Sabah. Melangkah menyelusuri bandaraya Kota Kinabalu bukan muda difikir malah ramai beranggapan ianya lubuk kemeriahan dan kepesatan ekonomi warga luar bandar yang memerlukan perubahan taraf kehidupan.

Sebaliknya kru media terkini yang menyelusuri Kota Kinabalu mendapat pelbagai pandangan penghuni kota hari ini, yang berkhidmat dengan kerajaan tidak menghadapi sebarang masaalah dalam kehidupan seharian  sebaliknya dibidang syarikat swasta bukan muda meniti kebidupan ujar mereka.

Dalam mencari kehidupan khususnya mencari pekerjaan swasta masa kini bukan muda memperolehi dipusat bandar ini dengan gaji mencapai RM1,500 keatas kerja 8 jam sehari ungkap warga kota yang ditemui.

Majoriti pekerja swasta yang ditemui mengaku ada yang berkerja lebih 12 jam sehari baru memperolehi pendapatan lebih RM1,500 sebulan dan hanya 4 hari cuti dalam sebulan ujar mereka.

Kota Kinabalu dalam pandangan mata juga hanya dipenuhi dengan bus mini pengangkutan awam yang tampak kurang memperolehi penumpang terutama sepanjang hari berikutan kurangnya pengguna pengangkutan awam yang tidak mampu menampung kos tambang setiap hari lapor penghuni kota.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga serta mencetak atau memuat turun berita dan iklan didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan media terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan