Rabu, 27 April 2022

ISU PTI DAN POLITIK SABAHAN ?

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Ahli ahli parti politik bawahan dinegeri ini perlu membuka minda agar tidak bercakap tak serupa bikin setiap kali bermain promosi parti politik mereka pada rakyat,  ini berikutan setiap kali mereka bermain politik pasti akan bercakap isu kebanjiran PATI akibat didalangi orang parti politik tertentu sedangkan ada diantara ahli dan penyokong parti  politik dilaporkan melanggani peniaga barang seludup orang asing yang wujud dipelusuk negeri ini secara senyap ujar rakyat prihatin yang ditemui.

Ahli parti politik diperingkat bahagian dan cawangan yang kerap menuduh PTI didalangi parti politik tertentu adalah tidak tepat melainkan ia didalangi manusia tertentu demi mengaut keuntungan peribadi,  parti politik tidak mampu mendalangi  atau  melindungi PTI  jika bukan manusia biasa menjadi  agent pelindung mereka (PATI) tanpa mengira kefahaman parti politik berkenaan.

Antara lain yang sering dilihat oleh rakyat jelata Sabah ialah penjualan rokok seludup dilorong lorong sempit dalam bandar atau pekan kecil, penjaja bergerak menjual pelbagai produk seperti Cermin mata, radio, tali pinggang, power ban, telipon murah dan pelbagai produk lain dijual golongan warga asing semuanya dilanggani sebilangan orang Sabahan tanpa mengenal kefahaman sokongan parti politik mereka tegas anak Sabah yang keciwa. 

Sejak sokongan rakyat meningkat kepada Barisan Nasional semula didalam Malaysia dan Sabah amnya ramai musuh politiking bijak berkata kata meraih sokongan rakyat Sabah tanpa menapis bait patah perkataan mereka jauh tersasar dari ulasan yang dilemparkan terhadap musuh politik mereka.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga serta mencetak dan memuat turun berita dan pengiklanan Media Terkini Kuala  Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan