Khamis, 25 Februari 2021


 VIRUS COVID 19 TERUS MENGGEMPUR 

Oleh. Huzera Ben 

India. Dunia hari ini dikejutkan kematian serangan virus covid 19 melebihi 2.47 juta orang manakala jangkitan telah meningkat kepada 112.63 juta orang lebih setahun yang lepas sehingga kehari ini.

Dalam aspek kesembuhan jangkitan Covid 19 hingga hari ini mencecah 86.22 juta orang diseluruh dunia.

Amerika Syarikat merupakan serangan tertinggi Covid 19 dengan kematian lebih 514,000 orang sementara jangkitan lebih 28.98 juta orang.

Bagi negara India dilaporkan telah merekodkan jumlah kematian 156,000 orang manakala jumlah jangkitan juga lebih 11 juta orang.

Brazil sehingga hari ini telah mencatatkan kematian serangan Virus Covid 19 lebih dari 248,000 orang dengan jangkitan lebih dari 10.26 juta orang semuanya.

Bagi serangan dinegara United Kingdom Virus Covid 19 telah membunuh 121,000 orang manakala jangkitan virus penyakit tersebut melebihi 4.13 juta orang.

Rusia juga terus diserang virus Covid 19 sehingga mengorbankan lebih 84,000 orang sementara jangkitan virus covid 19 kini melebihi 4.18 juta orang.

Dalam kejayaan dunia memperolehi Vaksin Pembunuh Virus Covid 19 Perancis merekodkan kematian serangan virus penyakit tersebut sehingga 85,000 orang selain mencatatkan jangkitan lebih 3.62 juta orang sepanjang lebih setahun Covid 19 menyerang seluruh dunia. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan