Isnin, 22 Februari 2021


 CABARAN POLITIKING SABAH RAMAI KECIWA 

Oleh. Jasly Dollah 

Sabah. Bicara politiking dalam negeri ini banyak bagai tin kosong bunyi kuat bagai gendang diketuk namun banyak tidak bermanafaat kepada rakyat jelata sepanjang lima tahun menanti umpama menanti buah yang tidak akan gugur.

Kebanyakan politiking kosong didalam negeri ini disifatkan rakyat jelata berdaftar sebagai pemilih umpama membuang wang pertaruhan apabila sekadar memperolehi undi tercorot dalam setiap kali pilihan raya beberapa kali menguji nasib yang sama.

Sepanjang Febuari 2021 kru media terkini yang cuba menghubungi pemimpin parti politik termasuklah bekas bekas calon bukan main mereka berbicara politik namun bila diajak buat perjumpaan semua senyap hilang tanpa suara entah apa muslihat politik mereka.


Dalam menyelami suara rakyat jelata Sabah kru Media Terkini bersama rombongan dengan Pengarah Urusan Pengiklanan Dan Ketua Pengarang dimaklumkan ramai politiking timbul umpama cendawan selepas hujan namun tidak menyerlah selepas beberapa pilihan raya ujar mereka.

Anehnya golongan terlibat juga pandai berkata kata namun gagal mengesan kru akbar didepan mata mereka berikutan terlalu ghairah memperoleh status YB namun hilang arah sebaik tewas dalam pilihan raya tegas penduduk Sabah.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan