Isnin, 22 Februari 2021

 VIRUS COVID 19 TERUS MENGGANAS 

Oleh. Huzera Ben 

India. Hari ini dunia gempar dengan serangan Virus Covid 19 berikutan kematian melebihi 2.46 juta orang sejak setahun lalu hingga kehari ini, jumlah jangkitan juga melebihi 111.23 juta orang diseluruh dunia sejak lebih setahun lalu sehingga kehari ini dengan penuh kepayahan masyarakat sekeliling.


Dalam konteks kematian serangan Virus Covid 19 Amerika Syarikat masih merekodkan tertinggi hari ini dengan melebihi 507,000 orang dan jangkitan lebih 28.60 juta orang sehingga kehari ini menggerunkan semua orang dinegara maju.

India mencatatkan kematian melebihi 156,000 orang sejak lebih setahun lalu dan kini mencapai jangkitan lebih 10.97 juta orang disusuli negara Brazil dengan kematian lebih 244,000 sementara jangkitan pula melepasi 10 juta orang.


 United Kingdom merekodkan kematian serangan Virus Covid 19 lebih 119,000 orang manakala jangkitan sehingga hari ini lebih 4.09 juta orang diikuti Rusia dengan angka kematian 82,000 orang sementara jangkitan melebihi 4.13 juta orang.

Dalam kesibukan dunia menempah Vaksin Pemusnah Virus Covid 19 Perancis merekodkan kematian serangan Virus Covid 19 lebih 83,000 manakala jangkitan lebih 3.56 juta orang sejak lebih setahun lepas.

Sama sama menjaga SOP setiap gerak langkah seharian dan patuhi menutup hidung dan mulut dengan MASK seperti arahan kerajaan dikhalayak ramai bagi memutus rangkaian Covid 19 pada masa akan datang.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusn pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan