Rabu, 10 Februari 2021

VIRUS COVID 19 TERUS MENGGANAS 

Oleh. Huzera Ben 

India. Dalam dunia mengedarkan vaksin membunuh VIRUS COVID 19 virus tersebut terus membunuh lebih 2.34 juta masyarakat dunia sehingga hari ini, jumlah jangkitan seluruh dunia virus tersebut telah melebihi 106.73 juta orang tanpa berhenti walau sesaat pun terutama dikalangan orang yang sengaja tidak mematuhi penjarakan sosial serta gagal memakai pelitup mulut dan hidung.

Amerika Syarikat terus mendahului mangsa korban nyawa Covid 19 setiap hari dengan jumlah terkumpul lebih 479,000 manakala kes jangkitan terus meningkat ke 27.15 juta orang namun masih ramai berdegil melanggar SOP dalam penjarakan sosial serta tidak memakai pelitup mulut dan hidung.

India sehingga kehari ini melebihi 155,000 kematian disamping serangan jangkitan Covid 19 melebihi 10.85 juta orang dengan disusuli Negara Brazil melebihi 233,000 kematian manakala jangkitan telah melepasi 9.60 juta orang.

Semua kelalaian manusia setiap detik melanggar SOP yang disyaratkan oleh setiap pemerintah dipelusuk dunia mampu membunuh setiap orang tanpa tanpa disedari oleh semua pihak.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan.. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan