Isnin, 8 Februari 2021


 COVID 19 SERANG DUNIA TAK HENTI 

Oleh. Huzera Ben 

United Kingdom. Lebih 2.32 juta meninggal dunia akibat diserang virus Covid 19 sehingga kehari ini manakala jumlah jangkitan berjumlah lebih 106.67 juta orang diseluruh dunia sehingga hari ini.

Covid 19 tidak pernah berhenti dari menyerang manusia selagi sikap lalai terus menjadi amalan dalam hidup seharian masyarakat walau dimana negara sekalipun tetap menjadi sasaran virus Covid 19. 

Amerika Syarikat terus mendahului kematian serangan Covid 19 dengan melebihi 474.933 manakala jangkitan 27.61 juta orang disusuli India 10.83 juta jangkitan dan Brazil melebihi 9.52 juta orang jangkitan sehingga kehari ini.

Rusia mencatat kematian Covid 19 lebih 231,000 orang manakala jangkitan 3.96 juta orang disusuli United Kingdom dengan kematian 112,000 orang manakala jangkitan sehingga kehari ini telah melebihi 3.94 juta orang.

Francis sehingga kehari ini telah mencatatkan kematian serangan Covid 19 melebihi 76,000 orang manakala jumlah jangkitan telah melebihi 3.33 juta orang walaupun pelbagai kawalan dikeluarkan oleh kerajaan negara tersebut namun terdapat masyarakat yang mengabaikan SOP yang ditetapkan oleh pihak pemerintah.

Hanya penjarakan sosial sekurang kurangnya 4 kaki setiap individu disamping memakai pelitup muka dengan menutup sempurna hidung dan mulut bukan nya gantung didagu dengan membuka luas hidung bagi membenarkan Virus Covid 19 menyerang diri mereka yang lalai dengan tanggongjawab.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan