Sabtu, 13 Februari 2021

 COVID 19 TAK PILIH MANGSA 

Oleh. Huzera Ben 

Moscow. Virus Covid 19 tidak memilih mangsa serangan dimana juga negara mahupun apa juga bangsa dan agama silap dan lalai sahaja pasti akan dijangkiti virus tersebut.  

Rekod Covid 19 dunia hari ini membunuh lebih 2.39 juta orang manakala jumlah jangkitan pula melebihi 108.71 juta orang.

Negara Amerika Syarikat masih mendahului kes kematian Covid 19 dengan lebih 492,000 orang manakala jangkitan melebihi 28 juta orang, negara India mencecah kematian lebih 155,000 orang dimana jumlah jangkitan Covid 19 melebihi 10.89 juta orang hari ini. 

Negara Brazil hari ini merekodkan kematian Covid 19 dengan melebihi 237,000 orang sementara jangkitan mencecah 9.76 juta orang, kes tersebut disusuli United Kingdom dengan kematian 116,000  orang dan jangkitan lebih 4.01 juta orang.

Dalam kesibukan dunia mengurus Vaksin pembunuh Virus Covid 19 negara Rusia juga mencatatkan kematian serangan Covid 19 lebih 79,000 orang dengan jangkitan sekali melepasi 4.04 juta orang disusuli negara Francis dengan jumlah kematian 81,000 orang namun jangkitan terus meningkat lebih 3.42 juta orang.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan