Rabu, 26 Oktober 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau
Tajuk. SIAPA DALANG PATI SABAH?
SABAH. Setiap minit penduduk dalam negeri ini merungut menuding jari kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) disekeliling mereka setiap hari malah berani berkeliaran tanpa rasa takut dengan petugas pihak berkuasa tempatan siang dan malam, namun kebanyakan PATI ini diberi pekerjaan gaji hari oleh penduduk bumiputera tempatan menerusi pelbagai kerja kamoung mengikut keperluan diri mereka masing masing walaupun menyalahi undang undang namun disebabkan murah upah gaji orang tempatan buat juga.
Pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam negeri ini juga tidak ada bekerja dengan rakan dari Semananjung Malaysia namun sebilangan penduduk tempatan Sabah terus menuding jari menyalahkan orang Semananjung Malaysia, mereka tidak mengakui bahawa mereka lah (orang asli Sabah) mendalangi memerangkap PATI menetap di Sabah disebabkan senang cari wang disamping diberi rumah kediaman selesa oleh sebilangan orang asli dalam negeri ini tanpa merasa serba salah dipandang jiran mereka.
Kes seumpama berlaku bukan perkara baru namun tidak pernah diberi perhatian oleh seluruh rakyat asli dalam negeri demi langkah mereka menyalahkan rakan rakan dari Semananjung Malaysia amnya kerajaan berhubung kebanjiran tersebut, sikap tidak mengakui  kesilapan perbuatan sendiri bagi melindungi serta memberi pekerjaan terhadap PATI merupakan perbuatan Baling Batu Sembunyi Tangan demi mengaut keuntungan peribadi semata mata meletak salah pada orang lain.
Ini lah pededahan Ramli Gilbert dalam satu pertemuan dengan media-terkini-sabah.blogspot.com dalam satu pertemuan bagi melontarkan pendapat dalam isu PATI yang berkekalan tanpa henti hingga kehari ini, sudah tiba masanya orang orang asli Sabah melihat dan mengakui rangsangan mereka menggaji PATI dalam Negeri ini sepanjang masa tanpa mengutamakan saudara mara mrreka yang masih perlu pelbagai pekerjaan jelas beliau.
Sehubungan dengan paparan ini rakyat seluruh Malaysia perlu melihat dalam pelbagai sudut kebanjiran PATI dalam negeri ini agar tidak ada yang dipersalahkan oleh sebilangan orang Sabah sendiri dari masa kesemasa, semua paparan ini hanya sebilangan kecil dari pelbagai kejadian berlaku dipelusuk negeri ini tanpa ada langkah kesedaran dikalangan masyarakat pelbagai etnik kaum dalam negeri ini walaupun kebaikan masa depan  bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan