Selasa, 25 Oktober 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau/Jasly Dol
Tajuk. SIAPA KAYA PARTI POLITIK?
Sabah. Negeri manakah yang kaya parti politik sehingga oktober 2016?, ini merupakan persoalan dikalangan penduduk negeri ini sebagai memberi reaksi kelulusan beberapa parti baru yang diterajui oleh Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Lajim Ukin yang mendapat kelulusan dalam masa yang sengkat, malah rakyat dalam negeri ini juga hairan apakah agenda semua golongan ahli politik dipelusuk negeri ini mendaftar satu parti setiap tokoh ahli politik yang rakyat jelata sanjung bagi memimpin serta membantu segenap rakyat yang serba dhaif dalam kehidupan.
Harapan utama penduduk Sabah ialah Parti Star Sabah pimpinan Datuk Dr. Jeffery Kitingan dan SAPP pimpinan Datuk Yong Teck Lee boleh bergabung dalam agihan kerusi parlimen dan dewan undangan negeri bersama parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP pada pilihan raya ke 14 akan datang, namun sejak kebelakangan ini jelas sekali Sabah merupakan kaya dengan parti politik walaupun telah tersedia beberapa parti kompenen BN seperti PBRS, UPKO, PBS bagi memberi pembelaan pelbagai lapisan masyarakat yang diwakili mereka setiap masa.
Demikian pandangan Edward Libod Wajit semasa menemui media-terkini-sabah.blogspot.com sebagai mengulas perkembangan politik negeri ini yang kerap mendapat parti politik setiap kali menjelang pilihan raya, malah banyak parti politik tempatan Sabah hilang wang pertaruhan semasa mengunji nasib menjadi calon setiap kali pilihan raya tanpa serik dan serba salah dimata rakyat yang terlalu menagih keperluan kehudupan mereka seharian ujar beliau.
Edward Libod Wajit yakin kali ini rakyat jelata Sabah telah matang dalam memilih pemimpin parti politik mereka yang benar telus prihatin serta berkemampuan dan bukan kejar kepentingan peribadi semata mata, kematangan rakyat jelata Sabah bakal terungkai apabila mereka menentu hak dalam memilih undi disetiap pusat membuang undi tanpa sebarang paksaan apa tak lagi jika segala keperluan keluarga rakyat yang susah mendapat pembelaan golongan orang politik yang berhasrat menjadi calon katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan