Isnin, 17 Oktober 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau
Tajuk. BERJUANG TEGUH BERSAMA PBS BN
Sabah. Semua pemimpin dan ahli ahli parti kompenan BN perlu menggandakan usaha bagi mendekati serta memberi penjelasan  kepada rakyat jelata berbilang kaum dan agama supaya mereka akan terus menyokong dasar perjuangan kerajaan tanpa berbelah bagi, para pemimpin parti dan ahli kompenan BN  harus memainkan peranan menyatupadukan rakyat jelata kearah memantapkan kekuatan sokongan rakyat berbilang kaum pada kerajaan dalam memberi pembangunan serta ekonomi penduduk luar bandar.
Semua agenda cakap politik dikalangan pemimpin bahagian mahupun peringkat cawangan tidak bermakna jika tidak ada kesinambungan dalam menjelaskan pada seluruh rakyat jelata demi mengelak diresapi pengaruh negitif yang merugikan negara, malah setiap pemimpin BN khususnya PBS wajar berkerja keras memberi kefahaman pada seluruh rakyat didalam kawasaan tanggongjawab masing masing dengan mengenepikan kepentingan peribadi demi masa depan rakyat maju bersama tanpa ada tercicir.
Pendedahan Egol Onsim Basintal Mantan Ketua PBS Bahagian N.24 Membakut dalam pertemuan dengan Media Terkini Sabah sebagai membuktikan kesetiaan beliau pada PBS dalam parti kompenan BN menjelang menghadapi pilihan raya ke 14 akan datang, walaupun tidak lagi memegang jawatan tertinggi dalam parti PBS namun perjuangan untuk rakyat dan negara tidak pernah pudar malah akan terus menggandakan usaha kearah memberi sumbangan pembangunan dan ekonomi masyarakat dalam DUN Membakut jelas beliau.
Egol Onsim Basintal menambah, perjuangan tidak terhenti walaupun tidak lagi berjawatan dalam parti selagi masyarakat dalam DUN membakut masih memerlukan khidmat bantuan beliau apa tak lagi dalam menghadapi pilihan raya ke14 akan datang, tambahan dalam senario politik panas masa kini pengaruh parti pembangkang dilaporkan semakin mendapat perhatian rakyat berbilang kaum akibat berlaku sedikit kelalaian golongan pemimpin muda masa kini berdasarkan kekurangan pengalaman jelasnya.
Ramai masyarakat veteran DUN Membakut mencadangkan kepada PBS dan BN Negeri agar Egol Onsim Basintal diberi ruang dalam seauatu kedudukan bagi meneruskan pembelaan masyarakat setempat, hanya diberi sesuatu jawatan seseorang berjiwa murni itu mampu membuktikan usahanya kearah mencurah bakti pada pelbagai lapisan masyarakat dalam tanggongjawab mereka sepanjang masa perkhidmatan mereka terhadap penduduk setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan