Rabu, 26 Oktober 2016

Oleh. Jasly Dol
Tajuk. PERUBATAN JALANAN SIAPA BERKUASA?
SABAH. Siapakah yang bertanggongjawab bagi mengesahkan kesahihan ubamampu merawat semua penyakit dalam diri individu yang terpengaruh dengan kata kata manis seseorang peniaga yang menjual ditepi jalan herba yang didakwa perubatan menyembuh pelbagai jenis penyakit, golongan penjual ini setiap hari bebas menjual herba didakwa perubatan namun sebilangan pembeli mendakwa tidak sembuh berbulan bulan dimana terpaksa juga kehospital kerajaan bagi mendapat rawatan terbaik dari doktor.
Kebanyakan penjual herba didakwa ubat mujrab asli sentiasa menarik perhatian golongan yang menahan pelbagai jenis penyakit namun tidak ada pesakit yang sembuh bergantung pada ubat bentuk herba jalanan jelas orang ramai.
Ada juga dikalangan penjual ubat herba jalanan sendiri berulangalik kehospital kerajaan bagi mendapat rawatan pelbagai jenis penyakit terutama golongan yang lanjut usia tanpa henti, ini menimbulkan keraguan masyarakat sekeliling berhubung khasiat herba jalanan yang dijual oleh mereka yang tidak memiliki kelulusan dari pihak berkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia serta pihak berkuasa yang lain.
Sehubungan dengan pendedahan ini Mohd. Gerjikun Abdullah meminta pihak kerajaan persekutuan dan kerjaan negeri sama sama turun padang meninjau kebanjiran penjual ubat herba tamu mingguan dan pasar malam demi nyawa masyarakat berbilang kaum, perbuatan golongan penjual yang mendakwa herba perubatan mereka lebih berkesan jika diamalkan berterusan berbanding kaedah perubatan moden seolah olah mereka lebih pakar dari perubatan hospital kerajaan yang telah diiktiraf oleh dunia tegas beliau keciwa pada herba jalanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan