Jumaat, 24 November 2023

PRODUK TERPILIH BERKUALITI

Untuk Kesihatan Setiap Keluarga 

Herba Mantop terpilih berkualiti digunakan turun temurun warga nusantara sebagai penjagaan kesihatan luar biasa.

Produk ini juga bukan sahaja tontonan umum malah boleh dijadikan

sebagai penhagaan kesihataan serta asas perniagaan menambah pendapatan didalam mahupun luar negara.

Minuman KOPI MANTOP dan SAPUAN PRODUK GOSOK MANTOOP boleh ditempah menerusi Azom Productions House Kuala Lumpur. 

Tel 01138554026 atau 0194827829 masa pejabat sahaja.

Harga berbeza mengikut negara tempat kediaman mereka masing masing.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Khamis, 23 November 2023

BENARKAH PEMANDU TIDAK TAHU TEMPAT PARKING?

Tidak tahu tempat parking ini jadinya 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Ramai pemandu dinegari ini tidak tahu LOT PARKING YANG DISEDIAKAN pihak pengurusan terpaksa meletak kenderaan mereka seperti ini walaupun salah dari perundangan pihak berkuasa tempatan.

Kesalahan juga dianggap segelintir pemandu dinegeri ini sebagai perkara kedua asalkan dapat parking walaupun ditempat yang salah ujar sebilangan penduduk yang ditemui. 

Menurut aktivis masyarakat tempatan Sabah yang dihubungi, ada warga Sabah yang tidak mengenali mana mana kru akbar dalam negara mahupun peringkat dunia kecuali gambar yang ditonton dalam TV  baru lah mereka hormati jelas kumpulan aktivis masyarakat tempatan hari ini. 

Dalam pada itu, Media Terkini cuba menjelajah beberapa daerah Sabah bagi menguji ungkapan kata aktvis masyarakat tepat ramai orang Sabah tanya dimana kerja,  kebanyakan warga Sabah hanya melihat PAKAIAN SERAGAM DAN KERETA BESAR  baru mereka anggap berkerja atau berniaga berbanding kereta kecil dan lama baru dihormati. 

Media Terkini yang beroperasi cetakan 1997 dan merubah harian ONLINE pada 2016 masih juga ramai orang Sabah mengaku tidak mengenali, berbanding luar negara hampir tiap jam menghubungi penyiaran ini tanpa henti.

Apapun semua pembaca dan pengiklan Media Terkini  dalam dan luar negara boleh menghubungi talian kami masa pejabat di 01138554026 dan 0194827829 masa pejabat sahaja.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

KERJA KUAT KEMAMAN BOLEH DITAWAN

(Jentera BN PH Dan Semua Pemimpin Perpaduan Harus Turun Padang)

Oleh. Basron Kirwan 

Terangganu. Kerusi parlimen Kemaman boleh ditawan UMNO BN dan PAKATAN HARAPAN jika usaha jitu mereka menggembeling tenaga turun padang menemui semua pengundi selelum 2 Dec 2023. 

Sandaran kerja seorang diri bagi calon Umno BN Kemaman tidak mampu menemui seluruh pengundi setempat melainkan wujud kerjasama semua pihak PH serta semua jentera parti yang menyokong kerajaan perpaduan, bagi negeri Terangganu yang dilaporkan sudah menjadi kubu kuat  Kerajaan PN Pas dan Bersatu bukan senang di tawan semula oleh BN dan PH disamping rakan rakan kerajaan perpaduan jelas warga Kemaman hari ini.

Calon BN Parlimen Kemaman perlu menggunakan pelbagai pendekatan bagi memenangi jiwa para pengundi setempat jika mahu menang pada 2 Dec 2023, bagi pengundi parlimen Kemaman hanya calon yang benar benar menemui rakyat yang mereka undi pada 2 Dec 2023 dan bukan pemimpin yang sekadar datang dan pergi tanpa membantu rakyat ujar mereka.

Media Terkini dimaklumkan oleh warga Kemaman bahawa jika Persatuan Bekas Polis Negeri Terangganu serta Persatuan Bekas Tentera Perajurit Malaysia membantu BN PH berkempen untuk pesara Polis dan Tentera mereka mampu tawan parlimen tersebut.

Apapun terserah lah dengan kepimpinan dan jentera parti politik dimana jika berlaku kelalaian dalam jentera kempen BN PH bersama rakyat jelata PN masih mampu mempertahankan kerusi parlimen Kemaman  dengan undi yang tipis pada 2 Dec 2023 akan datang.



 PENUMPANG TERUS MENJADI BOLA 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Hampir setiap hari penumpang bus mini Sabah dilaporkan menjadi bola berpindah sana sini menaiki Bus Mini yang hanya berjalan jika penumpang penuh didalam bus mereka. 

Anehnya dalam kejadian seumpama penumpang yang diperalat sebilangan Bus Mini sekadar berdiam diri walau berkali kali berpindah Bus dinaiki mereka, ini menambah naik tocang para pemandu bus mini dengan sikap lemah lembut para penumpang bus mini mereka disetiap  bus stop pemindahan setiap hari.

Apapun kejadian ini hanya pihak kerajaan Sabah sahaja mampu menghentikan kelakuan pemandu bus mini yang bongkak dan sombong bila ditegur penumpang yang dijadikan bola setiap hari ujar mereka yang ditemui. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 


SELANGKAH JALAN BORNEO

Oleh. Gifkir Aming

Kuala Lumpur. Ramai warga luar negara dilaporkan memasuki negara ini bagi membawa ajaran yang meragukan bagi negara Malaysia.
Golongan terlibat ligat menyebarkan ajaran Islam dinegara ini tanpa disedari umat Islam yang mengunjungi ceramah mereka. 

Ramai orang yang terlibat ajaran sesat disebabkan kurang meneliti fatwa yang dibawa didalam ceramah mereka sehingga penonton lebih khusuyuk mentelaah segala ceramah yang disampaikan oleh sebilangan penceramah dari luar negara memasuki negara ini. 

Isu pembawa ajaran dilaporkan sesat oleh beberapa Jabatan Agama Islam mewakili setiap negeri perlu disedari seluruh rakyat jelata beragama Islam agar akidah agama mereka tidak terpesong selamanya tanpa kembali kepangkal jalan.

Pembawa ajaran sesat ini juga boleh membuatkan pengikut agama lain menjauhi rakan rakan mereka didalam penganut agama Islam akibat perbuatan golongan pembawa ajaran sesat jika tidak dibendung bersama umat Islam didalam dan luar negara.

PELIHARA BUDI PEKERTI DIKHALAYAK RAMAI 
Oleh. Koijul Hairol

Setiap wanita didalam dan luar negara wajar memelihara budi pekerti dan bersopan santun terhadap warga yang berada disekeliling mereka.

Golongan wanita dikota maju juga perlu memilih langkah pergaulan mereka dengan generasi yang berakhlak mulia berbanding generasi yang terpengaruh budaya liar, tidak hairan lah jika ada sebilangan kecil wanita masa kini lebih meniru budaya asing berbanding peradaban mulia dalam negara kelahiran mereka sendiri.

Sehubungan dengan pendedahan ini wanita memerlukan kematangan berfikir agar tidak muda dipengaruhi budaya liar dari negara asing yang cuba mengambil pendekatan hidup bersopan dan mematuhi tata peradaban luhur dalam setiap negara berakhlak dimasa akan datang. 

 
 ADA MOTORSIKAL DIBAWA SAMSENG ORANG SENDIRI

Oleh. Tedung Selar 

Sabah. Sayang warga kota yang berlagak berani orang etnik bangsa sendiri, sehingga garang mengusir warga dewasa berteduh dilaluan pejalan kaki  semata mata meletak motorsikalnya sendiri, namun lambakan penjaja asing didepan mata mereka langsung kecut  mundur kebelakang tanpa sepata kata.

Ini disuarakan orang asli Sabah yang kerap menjadi mangsa budak motorsikal yang ego bangsa mereka sendiri namun warga asing membuka mata besar sahaja pun sudah menggelatar tidak keruan membawa diri kearah lain tegas orang asli Sabah yang keciwa sebilangan etnik sendiri.

Dalam konteks ini, sebilangan mat motor yang ego bangsa sendiri harus merubah  pembawaan mereka setiap hari agar menghormati setiap warga dewasa, jangan tunjuk hero bangsa sendiri namun orang asing yang mendabik dada dengan sebilangan mat motor sahaja pun sudah kecut tidak keruan membawa diri ketempat lain jelas mereka.












Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga  didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

PEMAKANAN ASLI BORNEO

Linopot Atau Nasi Bungkus Campur

Oleh. Norsham Haji Tukirin 

Pembuatan nasi campur beras bukit dengan keladi ditumbuk hancur menambah selera para pembelinya namun perlu berwaspada bagi umat Islam yang membelinya agar dipastikan halal dari pembuatnya.

Nasi Lopot (Bungkus) disediakan warga Borneo berbilang bangsa dan agama dan ini perlu ada kajian bagi pembeli orang beragama Islam, isu halal didalam rumah pembuat nasi tumbuk bungkus sangat penting agar makanan nasi tumbuk bungkus tumbuk disahkan Halal demi santapan keluarga dirumah

Menurut sumber maklumat warga Borneo pembuat nasi bungkus tumbuk campur banyak dikuasai oleh warga bukan beragama Islam sehingga meragukan  umat Islam dikeliling mereka,  malah ada juga warga yang sanggup melindungi identiti pembuat nasi bungkus bukan Islam namun dilaporkan Halal bagi umat Islam ujar penduduk Sabah.

Sehubungan dengan pendedahan ini umat Islam yang mahu melanggani Nasi Tumbuk Bungkus Ramuan Beras dan Keladi perlu meneliti pembuatnya benar benar beragama Islam demi halalan toiyyibah untuk keluarga. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Rabu, 22 November 2023

MENYOKONG PENIAGA GELAP MEMALUKAN

Berlesen diabaikan niaga gelap disokong penuh 

Oleh.Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Sebilangan penduduk negeri Sabah mendedahkan
ramai warga yang suka memberi sokongan peniaga gelap berbanding dengan peniaga berlesen dipelusuk negeri ini.

Antara perniagaan gelap yang disokong ialah, penjual IKAN DIPASAR BERLESEN ditinggalkan sedangkan orang menjual tanpa lesen dalam kenderaan mereka diluar PASAR IKAN  sentiasa dilanggani setiap hari umpama mengguris perasaan peniaga ikan basah berlesen depan mata  mereka.

Peniaga ikan gelap tanpa lesen dalam kenderaan ini dilaporkan cukup berani tanpa takut dengan pihak penguatkuasa perikanan dan majlis daerah yang kerap memantau kawasan tempat mereka berniaga setiap hari.

Sebaliknya berikutan dengan sokongan orang asli Sabahan yang menjadi pembeli ikan mereka tiap hari maka peniaga ini semakin bertambah banyak disetiap daerah menyebabkan ramai peniaga di Pasar Ikan Basah golong tikar tanpa pembeli ikan mereka.

Peniaga ikan basah dalam kenderaan diluar pasar ikan basah juga dilaporkan cukup sombong bagaikan mereka lebih berkuasa berbanding orang asli Sabahan setiap masa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian  Kuala Lumpur. Pengarang
 

TEKNIK PEMBERONTAK AMPUH

Pemberontak Mampu Tawan Markas Tentera Jika Salah Langkah 

Oleh. Helary Sukiono 

Kumpulan tentera perikatan demokratik
kebangsaan Myan
mar berjaya merampas batilion infantri tentera timor negeri Shan dan lebih 154 pos kawalan tentera Myanmar dikuasai Brother Arliance sejak akhir  oktober lepas. 

Isu pertempuran disempadan Myanmar dengan timur negeri Shan  semakin dikuasai Brother Arliance  dilaporkan mahir dalam konteks peperangan berbentuk gerila.

Ianya sangat menggerunkan sesiapa sahaja mendepani mereka apa tak lagi jika dalam kumpulan yang kecil pasti kumpulan terlibat mampu mematahkan segala serangan dan pertahanan ketenteraan.

Brother Arliance merupakan pasukan gerila yang aktif bergerak menawan disetiap sempadan namun kemahiran perang serta kekuatan pelbagai senjata moden yang setanding dengan negara  memiliki ketenteraan canggih sepanjang masa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur.  Pengarang