Sabtu, 7 Oktober 2023

UMNO BN PERTAHAN DUN PELANGAI 

Oleh. Basron Kirwan 

Bentung. Kemenangan UMNO BN yang mewakili kerajaan perpaduan menerusi Datuk  Amizar Abu Adam 7,324 undi 

masih menjadi kubu Barisan Nasional, calon PAS dari Perikatan Nasional Kasim Samat memperolehi 4,375 undi manakala calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli memperolehi 47 undi. 

Ramai bertanya kemana pengundi Pakatan Harapan pada tahun 2022 berjumlah 2,031 ? Adakah golongan pengundi berkenaan tidak keluar mengundi pada hari ini masih menjadi tanda tanya segenap lapisan rakyat tempatan Pelangai.

Pengundi Perikatan Nasional juga meningkat dari 3,260 pada tahun 2022 dimana hari ini mencecah 4,375 orang dalam kawasan Dun Pelangai, semua ini perlu dikaji lebih mendalam seluruh kepimpinan UMNO BN dan PAKATAN HARAPAN kemana menghilang pengundi mereka 2,031 pada prn tahun lepas. 

Pilihan Raya Dun Pelangai juga merekodkan undi rosak berjumlah 120 undi dengan peratusan keluar mengundi berjumlah 72.12 peratus melegakan calon calon yang bertanding pada pilihan raya tahun 2023.

Semua keputusan yang dipilih rakyat Dun Pelangai telah memihak kepada UMNO BARISAN NASIONAL dalam kerajaan  perpaduan walaupun undi PN melonjak 4,375 undi kali ini yang perlu kajian BN PH lebih terperinci.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan