Isnin, 2 Oktober 2023

KEMANA BERAS TEMPATAN MURAH? 

Oleh. Basron Kirwan

Sabah. Dalam pengekalan jualan beras tempatan murah RM26.00 sepuluh kilogram di Semananjung Malaysia penduduk negeri ini mempersoalkan mengapa beras serupa hilang jualan di Sabah jelas mereka. 

Kehilangan beras tempatan murah bersubsidi dilaporkan sejak awal September 2023 terus menjadi tanda tanya kemana kah beras tersebut pergi menghilang?,  malah pelbagai andaian warga negeri Sabah berhubung kehilangan beras tempatan  tersebut khususnya golongan bergaji RM1,300 sebulan dan kebawah sehingga kos sara hidup sebulan tidak mencukupi ujar mereka.

Kru Media Terkini yang melakukan tinjauan dibeberapa daerah dalam Sabah mendapat pandangan berbeza beza diantara bergaji besar dan bergaji rendah, ada yang tak kisah harga melonjak dan ada yang cemas masa depan keluarga mereka kebulur jika tidak muncul beras tempatan bersubsidi RM26.00 hingga RM28.00 bagi sepuluh kilogram.

Antara melucukan ialah ada penduduk Sabah ditemui umpama tidak mengenali Media Terkini Harian Malaysia hari ini sehingga bertanya kru Media Terkini berkerja dimana sedangkan tersemat Press Perakuan Akbar pada setiap kakitangan bertugas.

Apapun penduduk Sabah harus berkerjasama dengan kerajaan negeri bagi meminta beras bersubsidi murah dikembalikan semula seperti di Semananjung Malaysia dan Sarawak seberapa cepat yang boleh.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan