Selasa, 3 Oktober 2023

PELANGAI RAKYAT PENENTU YB MEREKA 

Oleh. Basron Kirwan

Pahang. Sana sini pemimpin parti politik menghebahkan politik mereka bagi memberi kemenangan calon calon bertanding namun rakyat juga yang berbaris mengundi siapa pilihan wakil rakyat yang prihatin membantu bukan hanya bercakap politik semata mata. 

Tiga calon bertanding di Dun Pelangai iaitu Datik Amizar Abu Adam UMNO  BN mewakili Pakatan Harapan, Kasim Samat mewakili Perikatan Nasional PAS manakala Haslihelmy DM Zulhasli sebagai calon Bebas yang dikaji dan ditenung rakyat sebelum membuang undi.

Menurut rakyat jelata, masa kini rakyat bukan lagi mendengar segala ucapan dalam hujah politik semasa mereka sebaliknya apakah kemampuan mereka selama ini dikawasan Dun Pelangai, setakat bertanding muda namun apa kah tanggongjawab mereka dikawasan tersebut sebelum bertanding pilihan raya kali ini bagi menjadi ukuran seluruh pengundi  ujar warga setempat. 

Ketiga tiga calon tersebut  bakal dipilih rakyat PELANGAI pada 7 Oktober 2023 untuk menjadi wakil rakyat mereka dalam tempoh 5 tahun akan datang, tidak hairan lah kemahiran rakyat jelata dalam memilih calon wakil rakyat mereka sangat penting demi memajukan pembangunan dan ekonomi seluruh rakyat setempat. 




Nota. Dilarang membuat ulasan  berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan