Jumaat, 6 Oktober 2023

CORETAN SABAH SEMINGGU 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sana sini pemandu kenderaan bagai tidak lagi menghiraukan dimanakah tempat meletak kenderaan sehingga tidak langsung menghiraukan orang disekeliling mereka.

Janji kosong laluan pejalan kaki sekalipun tutup sahaja asal mereka dapat parking biarlah pejalan kaki melompat keudara mungkin bagi pandangan mereka setiap hari.

Apapun perlulah saling menghormati pejalan kaki agar laluan mereka tidak ditutup memandangkan mereka juga punya hak tersendiri bagi melintasi dimana sahaja laluan yang dikhaskan sepanjang masa.

MENGAPA PENUMPANG ASLI TIDAK KENALI WATAK MEREKA ?

Bertahun tahun sudah golongan pemandu kedua Bus Mini yang bergerak dijalan raya dilaporkan berlaku biadap terhadap penumpang namun tidak juga mereka bertaubat. 

Mereka juga dilaporkan sesuka hati menguasai sebilangan bus stop sehingga kenderaan awam lain tidak boleh menyinggah rakan atau sahabat mereka dibus stop berkenaan. 

Budaya seumpama merupakan dibawa dari negara jiran semata mata mahu mempamerkan belang mereka dengan orang orang anak negeri Sabah yang penuh beradat dan tidak mempamerkan keegoan dengan orang luar datang kenegeri ini. 

Ini lah yang orang asal Sabah meminta kerajaan Sabah tangani pemandu yang berlagak penuh kuasa disetiap bus stop sedangkan semua pemilik kenderaan bebas mengambil penumpang di bus stop mengikut kesukaan warga penumpang keselesaan mereka. 

APAKAH URUSNIAGA MEREKA SETIAP HARI? 

Orang ramai perlu berwaspada dengan himpunan pedagang kertas putih dilorong lorong bangunan kedai setiap hari tanpa dihiraukan pihak berkuasa selagi tidak ada aduan orang ramai.

Perhimpunan orang dilaporkan penjual kertas putih dan pembelinya sangat membimbangkan orang ramai anti perjudian ramalan nombor yang mampu memusnahkan kehidupan keluarga jika tersilap langkah dimasa hadapan.

Antara yang membimbangkan ialah dalam kes peningkatan harga barang dapur sara hidup keluarga jika terjebak pasti musnah kerukunan keluarga, namun bagi pelanggan penjualan kertas putih ramalan nombor ini  setiap hari mereka sentiasa membanjirinya sepanjang hari walaupun tidak mengena ramalan mereka. 

Pendedahan ini mengajak semua orang menjauhi penjualan kertas putih berbentuk ramalan demi menjimat wang perbelanjaan sebagai sara hidup anak isteri dirumah mereka masing masing sepanjang masa.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan