Khamis, 5 Oktober 2023

Berita Ringkas 

SARAWAK SABAH BERSYUKUR 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Pembaca Media Terkini Sarawak dan Sabah bersyukur 

dan berterima kasih terhadap kerajaan perpaduan Malaysia yang mendengar rintihan rakyat diatas kehilangan beras tempatan bersubsidi dengan menurunkan semula harga beras bermula 5 Oktober 2023.

Majoriti pembaca Media Terkini Harian Malaysia yang setiap hari merayu dalam akbar ini meminta kerajaan perpaduan Malaysia menurunkan harga beras seperti beras bersubsidi dibawah RM28.00 bagi 10 kilogram sejak 5 September 2023 yang lepas ujar mereka. 

Setelah sebulan berlalu kerajaan perpaduan Malaysia kini berusaha membekalkan beras termurah kepada Sarawak dan Sabah namun perlu dipantau setiap hari agar tidak ada menyembunyikan lagi beras murah masa kini  terang warga Sarawak dan Sabah.

Kerajaan perpaduan Malaysia haruslah memantau kedudukan beras seluruh Sarawak dan Sabah bersubsidi agar tidak dipesongkan golongan yang tidak bertanggongjawab demi keuntungan peribadi semata mata lapor warga Borneo.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Malaysia Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan