Khamis, 22 Disember 2022

RAKYAT MINTA KEPIMPINAN BAWAHAN DIPILIH 

Oleh. Norafzah Dollah 

Sabah. Kepimpinan tertinggi kerajaan perpaduan diminta kepimpinan JPKK dan KETUA KAMPUNG diseluruh negeri dipilih serta diundi setiap penduduk kampung terlibat bagi menghentikan lantikan politik tanpa boleh berkerja bersama warga kampung kawasan jagaan nya. 

Ini dijelaskan oleh sekumpulan orang asli Sabah yang mengunjungi Media Terkini Harian Malaysia hari ini sebagai langkah mengukuhkan sokongan rakyat terhadap kerajaan dari masa kesemasa, sikap lantikan terus JPKK dan KETUA KAMPUNG oleh kepimpinan kerajaan pertengahan banyak tidak disenangi penduduk setempat dimana bantahan mereka (rakyat) disalurkan dalam setiap kali piliham raya ujar mereka. 

Selain JPKK dan KETUA KAMPUNG, orang asli Sabah juga menggesa semua pegawai dipejabat UPPM Sabah bagi setiap Dewan Undangan Negeri dihadkan kepada setiap satu penggal dimana wajib ditukar penggal berikutnya demi mengelak kebencian warga pengundi dikawasan berkenaan.

Jika kerajaan perpaduan dapat menerima dan menunaikan suara cadangan orang asli Sabah ini segala perjuangan kerajaan perpaduan boleh dikekalkan malah sokongan keatas mereka boleh berkekalan diseluruh negara sebagai kerajaan yang terbaik lapor orang asli Sabah. 


 BENCANA BANJIR TERBURUK 

Oleh. Huzera Ben 

Banyak negara didunia dilanda banjir dalam tahun 2022 ini penuh targis malah derita terus ditempuhi rakyat jelata khususnya mereka yang tinggal dikawasan tanah rendah.

Thailand antara yang terburuk mendepani situasi banjir juga berhampiran dengan negara Malaysia sememangnya amat menyedihkan bagaimana rakyat mereka mengharungi banjir untuk menyelamatkan diri sebelum bantuan bencana tiba dilokasi kejadian.

Langkah menghalang banjir dari menyerang lebih buruk diseluruh kawasan perkampungan tanah rendah ialah;  Memastikan semua saliran sungai diselenggara dengan lebih kerap bagi memperdalam dan meluaskanya,  Saliran Perparitan semua jalan raya serta kawasan perumahan perlu dibersihkan setiap masa supaya air banjir lancar mengalir kelaut berhampiran.

Menurut impormasi kebanyakan warga dinegara negara yang dilanda banjir besar isu utama ialah saliran sungai dan semua perpartitan tidak diselenggara dengan betul malah ada yang sudah separas dengan perkampungan serta jalan raya menyebabkan air  terus mengalir melimpah dimerata tempat ujar mereka.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita,  memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan