Jumaat, 23 Disember 2022

MENITI AKHIR 2022 

Menjelang penghujung December 2022, lembaran baharu tahun 2023 bakal menjelma dan titipan akbar ini juga merangka perubahan drastik. 

Segenap pelanggan penyiaran MEDIA TERKINI HARIAN bakal terus menikmati perubahan besar seiring melangkaui dunia penyiaran global, sejajar perkembangan ini dunia penyiaran memerlukan sokongan dalam industri ekonomi,  bukan hanya sekadar dipandang namun perlu penghayatan, iltizam diri, minda berwawasan, maju seiring bersama dengan sokongan didalam jajaran ekonomi, supaya boleh melangkah jauh bersama dan bukan diletak pada lingkaran kebelakang. 

MEDIA TERKINI HARIAN banyak mempelajari lebih 20 tahun lepas dalam dunia penyiaran cukup mencabar bagaimana dunia sekeliling. Ramai mahu meniti dan mendekati kita untuk bual bicara kosong, malah ada juga yang sekadar menyapa kita umpama borak tepian jalan, sebaliknya memperkasa sokongan jauh sekali walau mengenali puluhan tahun umpama mahu melihat kita hilang dari dunia penyiaran. 

Ambang tahun 2023 MEDIA TERKINI HARIAN akan terus bersiaran lebih pantas dialam dunia sejagat dan bukan sekadar melukut ditepian gantang, oleh itu kebangkitan ini harus menjadikan teladan dunia penyiaran disamping memberi bahan bacaan dan rujukan dikalangan pembaca budiman, beri sokongan padu serta kerjasama semua aspek dan bukan sekadar meniti dari sudut kejauhan nusantara. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan