Jumaat, 9 Disember 2022

PARA TIMBALAN MENTERI KERAJAAN PERPADUAN 

Oleh. Norsham Tukirin 

Puterajaya. Bagi mengimbangi tugas tugas Menteri kerajaan Perpaduan gabuangan Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, Parti Warisan Sabah telah melantik seramai 27 orang memegang jawatan timbalan menteri sebaik dipersenbahkan oleh Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia di Istana Negara dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong hari ini. 

Antara yang dilantik ialah, Datuk Seri Haji Ahmad Maslan dan Datuk Sri Steven Sim sebagai Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohammad Alamin (Umno Kimanis) Timbalan Menteri Luar, Datuk Siti Aminah Aching (Umno Beaufort) Timbalan Menteri Perladangan Dan Komoditi, Datuk Arthur Joseph Kurup (PBRS Pensiangan) Timbalan Menteri Sains Dan Teknologi.

Turut dilantik ialah YB. Chan Foong Hin (Dap Kota Kinabalu) Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, YB. Mustapha Sakmud (PKR Sepanggar) Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB. Khairul Firdaus Akbar Khan (GRS Batu Sapi) Timbalan Menteri Pelancongan Seni Dan Budaya dan YB. Datuk Yusuf Apdal (Warisan Lahad Datu) Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

YB. Rubiah Wang Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, YB. Akmal Nasrullah Mohd. Nasir Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Datuk Hanifah Hajar Taib  Timbalan Menteri Ekonomi, YB. Adly Zahari (Ahli Parlimen Alor Gajah) Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad Timbalan Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah Timbalan Menteri Dalam Negeri dan YB. Liew Chin Tong Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.

Bagi YB. Aiman Athirah Sabu (Ahli Parlimen Sepang) kini dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, YB. Fauziah SallehTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, YB. Ram Karpal Singh Timbalan Menteri Undang Undang Dan Reformasi Institiusi, Datuk Seri Huang Tiong Sii Timbalan Menteri Sumber Asli Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim. 

Turut dilantik ialah. YB. Saraswathy Kandasami Timbalan Menteri Pembangun Usahawan Dan Koperasi, YB. Teo Nie Ching Timbalan Menteri Komunikasi Digital, YB. Lim Hui Ying Timbalan Menteri Pendidikan,  YB. Adam Adli Abd. Halim Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, YB. Mustafa Mohd. Yunus Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB. Lukanisman Awang Sauni Timbalan Menteri Kesihatan dan YB Datuk Wilson Ugak Kubong Timbalan Menteri DiJabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sarawak Sabah. 

Satu kaedah yang perlu dimanafaatkan seluruh rakyat Malaysia ialah kerajaan pimpinan Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim adalah KERAJAAN PERPADUAN merangkumi beberapa kefahaman berbeza parti politik yang sepakat membentuk kerajaan demi negara dan rakyat jelata amnya.

Semua rakyat berbilang kefahaman parti politik perlu mengenepikan perbezaan pandangan politik dalam mendokong kerajaan masa kini dikalangan ahli ahli BN, PKR, DAP, AMANAH, PBS, STAR, SAPP, UPKO, GPS dan GRS bagi Sarawak dan Sabah, ini penting bagi mengekalkan kekuatan kerajaan perpaduan sampai keakar umbi sepanjang tempoh perjalanan pentabdiran kerajaan tersebut agar segala pelan perancangan pemulihan ekonomi negara dan rakyat termuskin dapat dilaksanakan dengan jayanya.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan