Isnin, 19 Disember 2022

PAPARAN PANTAS 

Oleh. Jaitos Dumiri 

Perlantikan Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul sudah dijangka menang besar mewakili Kerajaan Perpaduan sebagaimana jumlah Ahli Parlimen yang menyokong Penubuhan Kerajaan Perpaduan hari ini. 

Beliau mendapat kepercayaan 147 Ahli Parlimen yang menyokong keupayaan beliau menerajui Ketua Dewan Rakyat berdasarkan seluruh pengalaman beliau sepanjang berkhidmat selama ini. Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Gurun ini bukan sahaja tersentuh meninggalkan kawasan Dun Gurun yang banyak memberi kerjasama keatas setiap tugasan beliau sebagai wakil rakyat ujarnya.




 TOLONG  BEBASKAN BOS KU 

Langkah pertama persidangan parlimen bermula hari ini, rombongan NGO rakyat Malaysia berkumpul diluar dewan parlimen memohon pembebasan BOS KU Datuk Seri Najib Tun Razak bekas Perdana Menteri Malaysia yang ditahan di Penjara Kajang masa kini.

Kesungguhan rakyat yang bernaung didalam NGO ini memohon pembebasan Mantan Perdana Menteri Tersebut terserah budi bicara Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia bagi mempersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong segala permohonan badan NGO tersebut. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan