Selasa, 6 Disember 2022

MASIH WUJUD BERHALUAN KIRI ? 

Oleh. Huzera Ben 

Songkla. Pengeboman Landasan Keretapi di Sadao berulangkali dipercayai perbuatan kumpulan berhaluan kiri yang gemar mengganggu ketenteraman awam serta satu kumpulan yang mahu mengganggu proses pentabdiran negara mirip perjuangan pengganas.

Kejadian berulangkali dikawasan tersebut sentiasa dijangka oleh penduduk tempatan memandangkan mereka saban tahun akan diserang dengan perbuatan seumpama dipercayai perbuatan orang dalam negara terlibat namun tidak mampu berbuat apa apa berikutan kumpulan terlibat ganas dan lengkap memiliki senjata api pelbagai jenis menurut maklumat penduduk tempatan. 

Isu pengeboman dikawasan Songkla menurut penduduk tempatan sudah menjadi kehidupan harian mereka memandangkan siapa sahaja yang melaporkan pasti akan musnah keluarga akibat perbuatan berhaluan kiri mirip pengganas ujar mereka. 

Sungguhpun yang membuat laporan tersebut senyap namun kumpulan golongan berhaluan kiri pasti dapat menghidu juga akhirnya bagi mereka memusnahkan keluarga pihak pelapor pihak berkuasa jelas penduduk tempatan. 

Apapun hanya pihak berkuasa sahaja yang boleh membina markas TENTERA disetiap kawasan luar bandar yang kerap menjadi sasaran kumpulan berhaluan kiri bagi membenteras perbuatan mereka sepanjang masa. 




 Pelik tapi benar ini lah kadar peningkatan harga sejak 2 minggu lalu di kawasan Inanam Menggatal Telipok harga menjadi emas namun tiada pemantauan pihak kerajaan Sabah jelas penduduk tempatan.

Harga sayor dari RM2.00 satu ikat seperti Lamiding, Pakis, Daun Ubi, Pelapa Keladi serta semua sayor yang diikat cara jualan nya kini meningkat RM3.00 seikat sejak dua minggu lalu ujar penduduk sekitar yang ditemui. 

Kerajaan Sabah perlu turun padang melihat harga barang seperti sayor ditamu tamu mingguan agar penjual tidak sesuka hati menaik kadar harga jualan mereka demi mengaut keuntungan peribadi sehingga rakyat terpaksa menyalahkan kerajaan yang dituduh menaik kadar harga barangan terlibat lapor penduduk tempatan. Oleh Gason Dumiri 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan