Khamis, 28 Ogos 2025

PELUANG SEKALI UNTUK BORNEO

Oleh. Williem Anak Lagau 

Lawas. Kejayaan kerajaan Sarawak merealisasikan pemilikan Air Borneo terus membuka ruang kepada Sabah sama sama menjayakan penerbangan tersebut sebagai rakan pelabur. 

Peluang tersebut pernah dibuka oleh kerajaan Sarawak bagi pihak Sabah jika mahu sama sama memajukan Air Borneo demi jangkamasa panjang.

Keterbukaan kerajaan Sarawak buat Sabah jelas penuh ketelusan sebagai rakan dalam Borneo namun belum ada sebarang jawapan tepat dari kerajaan Sabah sehingga masa kini.

        Menurut warga Lawas, keupayaan rakyat Sarawak bersama dengan kerajaan negeri masa kini yang terus berusaha berjaya memperolehi beberapa kemudahan, antaranya Petros, Menara TVS serta beberapa kejayaan lain termasuklah Pan Borneo yang hampir siap sampai ke Lawas demi kepentingan rakyat jelata yang jauh diluar bandar.

        Hubungan baik antara kerajaan Sarawak dengan kerajaan Pusat masa kini mencerminkan segala yang dipohon untuk bumi kenyalang mampu dicapai penuh sepakat, tidak hairan lah segala perbincangan antara Sarawak dan kerajaan madani pusat tidak sukar untuk dicapai dan dipersetujui bersama demi kemudahan negeri dan rakyat Sarawak.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiatan dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

          
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan