Khamis, 21 Ogos 2025

DUN TG. KERAMAT MILIK SIAPA?

Oleh. Koijul Hairol 

Putatan. Kerusi Dun Tg. Keramat terus menjadi tanda tanya siapa mampu menawan nya selepas piluhan raya negeri tahun ini.

      Dewan undangan negeri Sabah bakal terbubar sendiri pada November tahun ini dan pasti nya kerusi Dun Tg. Keramat bakal menjadi rebutan semua parti.

       Pada pilihan raya negeri ke 16 Dun Tg. Keramat dimenangi oleh UMNO dari kompenen Barisan Nasional sebelum GRS menguasai kerajaan Sabah sejak tahun lalu. 

        Menurut pemerhati parti politik Kota Kinabalu, pilihan raya negeri kali ke 17 bakal penentu Dun Tg. Keramat jika berlaku pertembungan luar biasa, ianya melibatkan Umno BN, Perikatan Nasional, GRS, Warisan, PKDM dan beberapa parti parti kecil tempatan bakal bertembung di Dun tersebut. 

       Hanya rakyat jelata yang mengundi di Dun Tg. Keramat yang mampu memilih calon yang bertanding dikawasan tersebut atau mereka masih setia bersama Umno BN, bagi para pemimpin parti politik yang berhasrat mahu bertanding di Dun Tg. Keramat langkah kanan mereka adalah mempamerkan kerjaya membantu rakyat setempat.

      Tindakan menunjuk kan diri menemui rakyat selepas Bubar Dun Tg. Keramat amnya Dun Sabah rasanya sudah terlambat untuk dinilai para pengundi setempat, namun jika mereka mula bergerak dari sekarang menemui semua rakyat memberi bantuan seperti keperluan rakyat miskin tanpa pilih kasih pasti nya akan dikenang setiap masa.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan