Sabah. Semua sekolah berasrama penuh dalam negeri ini perlu mengguna Pengawal atau Werden Bekas Tentera Sekolah bagi mengelak
Penggunaan Pengawal atau Warden Sekolah dari Bekas Tentera dan Bekas Polis perlu bagi mengelak kejadian Buli secara berterusan berlaku, Kes Buli tidak boleh dipandang ringan oleh semua lapisan masyarakat terutama disetiap sekolah berasrama penuh memerlukan pengawal bekas Tentera dan bekas Polis.
Hanya kawalan ketat sahaja boleh menjamin Pembuli tidak akan melakukan kegiatan tersebut didalam Sekolah berasrama penuh, jika menggunakan Bekas Tentera dan Bekas Polis dengan rekod terbaik pasti menjamin kedudukan setiap murid terhindar dari pembuli setiap masa.
Menurut sebilangan penduduk dari Borneo, kementerian pendidikan senang sahaja mahu menggunakan khidmat Bekas Tentera dan Bekas Polis, semua urusan boleh dirujuk kepada rekod Jabatan Veteran Angkatan Tentera Sabah atau Jabatan Pesara Polis Sabah jelas mereka.
Ketegasan Bekas Tentera dan Bekas Polis dengan rekod terbaik serta mahir didalam perundangan keselamatan sedia ada memudahkan mereka mengawal kawasan sekolah, ianya jauh berbeza dari orang awam yang dilantik menjadi Pengawal Keselamatan mahupun Warden Sekolah tertentu tanpa kepakaran yang diperolehi mereka sepanjang berlatih ditempat awam.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan