Isnin, 25 Ogos 2025

MELANGKAH DIBUKIT BONGOL PERLU KEUPAYAAN

Oleh. Gifkir Aming 

Kota Belud. Sesiapa juga warga yang menjejaki ke bukit Bongol dekat sini perlu persediaan dan keupayaan dalam diri masing masing bagi mendepani pelbagai bentuk muka bumi setempat.

       Bukit Bongol juga bukan muda diselusuri  jika pendaki tidak kuat mental serta kurang persediaan dan mungkin mampu tersesat dipersekitaran nya, antara pandangan beberapa warga emas yang ditemui bagi mengulas kejadian dua pendaki wanita diselamatkan Bomba Dan Penyelamat yang dilaporkan tersesat baru baru ini.

      Menurut warga emas Kg. Bongol lagi, satu perkara yang perlu diharungi kumpulan pendaki Bukit Bongol pada masa akan datang, adalah latihan mengenali prasarana hutan disamping memperkasa mental diri agar tidak muda digoyah dugaan mahluk lain dipersekitaran Bukit Bongol.

     Malah penting sekali semasa menjejaki Bukit Bongol adalah memelihara peradaban serta menjaga tatasusila sepanjang berada dibukit tersebut, mujur lah kedua dua wanita yang dilaporkan sesat di Bukit Bongol berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa tempatan tanpa kecerdaan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur.  Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan