Selasa, 2 Januari 2024

PERISIK ISRAEL DITAHAN

Oleh. Huzera Ben

Turki. Seramai 33 kumpulan PERISIK MOSSAD Israel ditahan dalam beberapa kawasan dinegara ini hari ini, terdapat 13 orang lagi perisik Israel sedang diburu pasukan khas Turki diseluruh kawasan negara terbabit tanpa tunduk tekanan dunia mahupun ancaman Israel.

Menurut unit risikan Turkiye, Israel menghantar pakar perisik Mossad kenegara mereka akibat sokongan terbuka dan berterusan membela Hamas dan seluruh rakyat Plastine di Gaza, Israel tidak mahu negara negara yang terbuka menyokong  Hamas mahupun warga penduduk Gaza berikutan bimbang misi mereka tergendala menawan bumi Gaza.

Unit risikan Turkey yakin lebih banyak kumpulan Mossad akan dihantar Ke setiap Negara Islam yang menyokong serta membela Hamas Gaza dan Plastine, namun negara Turkiye sudah siap siaga menunggu serta mengintip dan menahan mana mana pengintip negara asing memasuki negara mereka demi pertahanan warga mereka.

Apakah negara negara Islam yang dalam rangka membangun dan lantang menyokong penduduk Plastine di Gaza memiliki pakar perisik seperti di Turkiye?, persoalan ini rumit berikutan dilapor terdapat negara membangun masih gagal mengesan kemasukan kumpulan pendatang tanpa izin kedalam negara mereka walaupun kini tahun 2024.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala  Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan