Kota Kinabalu. Masyarakat bandaraya Kota Kinabalu mengharapkan Mayor Bandaraya Ketujuh Datuk Seri Dr. Sabin Samitah mampu mencari langkah drastik mengosongkan penjualan ROKOK SELUDUP disetiap lorong kedai dan pasar seluruh kawasan bandaraya sepanjang tempoh menerajui DBKK demi membersihkan kegiatan tersebut.
Antara harapan warga penduduk seluruh bandaraya Kota Kinabalu sempena perlantikan Datuk Seri Dr. Sabin Samitah sebagai Mayor Bandaraya Ke 7 dihadapan Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Haji Mohd. Noor hari ini.
Dengan perlantikan beliau besar harapan orang asli Sabah kawasan bandaraya Kota Kinabalu boleh mengosongkan penjualan ROKOK SELUDUP seluruh kawasan bandaraya melibatkan lorong bangunan kedai, pasar besar dan pasar sayor serta ikan didalam kawasan terlibat.
Rokok Seludup merupakan perniagaan bersih kepada setiap peniaga tidak berdaftar diseluruh lorong kedai amnya pasar dipelusuk negeri ini khususnya kawasan bandaraya Kota Kinabalu jelas masyarakat tempatan.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan