Isnin, 1 Januari 2024

DUN INANAM PERLU PARTI BAHARU

Oleh. Koijul Hairol 

Sabah. Penduduk Dun N.18 Inanam membayangkan tekad memilih calon pemimpin parti baharu dalam PRN akan datang demi masa depan kawasan tersebut agar tidak terus terpinggir kawasan luar bandar.

Kebanyakan pemimpin parti politik setempat dilaporkan orang lama yang telah diselangi rakyat kepimpinan mereka dan sudah perlu perubahan pemimpin baharu,  tidak mungkin Dun Inanam tidak ada pemimpin muka baharu yang lebih prihatin kepada segenap lapisan rakyat berbanding pemimpin lama yang sukar menerima teguran umum kearah memperbaiki kepimpinan.

Kerusi Dun N. 18 Inanam masa kini diterajui wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat teraju kerajaan perpaduan yang mentadbir negara Malaysia, namun menerusi demokrasi  penduduk Dun Inanam mahu kepimpinan  baharu mereka biar tergolong orang muda bagi memantapkan kebersamaan pembangunan ekonomi rakyat.

Menurut penduduk Dun Inanam sebelum ini kerusi kawasan tersebut pernah dipegang oleh Parti Bersatu Sabah sebelum ditawan pemimpin PKR  sehingga hari ini, namun berdasarkan pencapaian kemajuan dan ekonomi rakyat luar bandar setempat yang masih jauh ketinggalan dengan kawasan lain Dun Sabah.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat  iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan