Oleh. Jusupi Anak Kurdi
Sabah. Seringkali rungutan sesama sendiri penduduk negeri ini dengan kekurangan Gula dalam kedai kawasan bandar mahupun pekan entah kemana perginya bekalan terlibat ungkap mereka.
Isu GULA yang kerap kali habis dipasaran bukan perkara baharu malah ianya telah lama berlaku namun ramai warga Sabah Sekadar merungut sesama sendiri, selain dari itu ramai juga mendedahkan punca sebenar GULA habis dipasaran ialah ditempah banyak oleh orang yang berniaga runcit luar bandar dengan harga tinggi.
Berikutan habis GULA bersubsidi dipasaran kerap sekali mulalah timbul tanggapan liar pihak tertentu khususnya pihak orang parti politik yang cuba ambil kesempatan membuat pelbagai andaian, malah ada juga menuding jari terhadap pihak tertentu punca kehabisan GULA tanpa mengambil kira orang orang yang membeli terbanyak Untuk Dijual semula bagi mengaut keuntungan.
Semua barangan bersubsidi lebih banyak ditempah orang orang berniaga cekik darah sebagai mengaut keuntungan diluar pengetahuan pihak kerajaan termasuklah kawasan rumah setinggan berniaga dengan harga berkali ganda komen aktivis tempatan.
Antara barangan yang ditempah banyak golongan cekik darah dengan pelbagai teknik ialah Gula, Minyak Masak Pekej Plastik, Telur, Beras Tempatan Bersubsidi sebagai jualan kepada orang orang yang senang mereka perdayakan dengan harga tinggi.
Apapun hanya warga Sabah sendiri yang berfikiran bagi menilai jualan barangan bersubsidi namun berganda harga tanpa berperikemanusiaan demi mengaut keuntungan sendiri.
PROGRAM UMUM HARUS BEBAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan