Selasa, 14 September 2021

TREND WARGA TERKINI 

Oleh. Jasly Dollah 

Sabah. Warga terkini tanpa mengira usia masing masing memilih kecantikan diri khususnya golongan wanita dengan pelbagai cara seperti solekan  berpakaian serta set dandanan rambut.

Dalam konteks dandanan rambut terlalu sukar mengenali golongan terlibat jika menerusi pandangan jauh melainkan melihat jarak dekat serta mendengar loghat bahasa baru mampu kita mengenali etnik mereka yang sebenar.

Perlumbaan membentuk kecantikan diri dikalangan wanita tidak berubah dari dahulu sehingga ke hari ini walaupun sedang dilanda pandemik virus Covid 19 tetap saling bersaing  mendandan dan mewarna rambut mereka dengan pelbagai jenis.

Dalam membandingkan warna kulit dan warna rambut terlalu sukar kita mengenali suku etnik mereka bila warna rambut telah bertukartambahsn pula jika warna kulit gelap rambut bertukar warna tentu ada persamaan golongan pelakon diperingkat luar negara.

Sebaliknya bila kita mendengar loghat bahasa golongan terlibat jelas kita mampu mengenali etnik mereka yang sebenar walau bertukar warna rambut dan solekan muka namun loghat bahasa tidak berubah jelas orang asal Sabah yang ditemui.

Apapun pendedahan kecantikan ini sekadar renungan kita bersama mengenali etnik sebenar yang berada didalam negeri ini setiap hari walaupun banyak cara merubah bentuk rambut dan solekan muka apa tak lagi pakaian namun bila terdengar loghat bahasa yang digunakan pantas sahaja  kita mampu mengenali suku etnik mereka sebenar.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan