Sabtu, 25 September 2021


 SUNGAI PEGALAN PERLU DIPERBAIKI 

Oleh. Jasly Dollah 

Keningau. Penduduk anak negeri meminta kerajaan Malaysia memberi peruntukan kilat bagi memperbaiki saluran Sungai Pegalan yang kini menghakis tanah tanah geran orang kampung sampai runtuh akibat tidak ada penyelanggaraan dengan baik dan sempurna sejak sekian lama 

Kerosakan tanah tanah geran orang kampung termasuklah sawah padi sangat membimbangkan malah ramai pengusaha tanah sawah kerap mengalami kerugian setiap kali musim banjir memusnahkan semua hasil padi mahupun pelbagai tanaman jangka pendek dalam tanah geran berhampiran sungai Pegalan tegas penduduk setempat.

Menurut warga Keningau, banyak pemilik tanah geran sekitar sungai Pegalan tidak lagi berani menanam ditanah mereka berhampiran Sungai Pegalan akibat air sungai telah serata dengan tebing serta tanah tanah geran penduduk sekitar akibat hakisan tanah timbus sejak sekian lama namun masih tiada tindakan dibuat pihak kerajaan pusat dan negeri amnya ujar mereka. 

Mereka mengadu kepada media terkini bagi masyarakat jangkamasa masaalah tersebut agar kerajaan baru Malaysia pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia dapat bertindak pantas menghulur peruntukan kilat memperbaiki sepanjang Sungai Pegalan sebelum tanah geran orang kampung menjadi saliran baru sungai Pegalan terang mereka. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan