Sabtu, 18 September 2021

RAMAI BERJUANG UNTUK PERIBADI 

Oleh

 Tedung Selar

Sabah. Ramai aktivis masyarakat yang mendedahkan segelintir ahli parti politik banyak yang mengaut keuntungan peribadi berbanding menghulur bantuan masyarakat yang memerlukan dikawasan luar bandar.

Ada juga ahli parti politik yang bijak menyusun kata kata didepan rakyat namun apabila ada rakyat jelata yang menagih bantuan jawapan diberi belum ada peruntukan walhal mereka mampu mengurus bantuan yang ditagih oleh rakyat jelata tegas mereka.

Satu yang amat menyedihkan terdapat ahli parti politik yang berulangkali menjanjikan rakyat sebiji motorsikal jika dibantu menggerak jentera parti politik mereka namun sebaik sahaja ditolong semua telipon difail tidak bersambut dan mesej Watsap juga tidak berbalas jelas aktivis masyarakat tempatan. 

Golongan ahli parti politik dimana juga berada dalam negeri Sabah perlu berjanji dengan jujur jika mereka mahu memenangi kawasan mereka dalam pilihan raya dari tangan parti parti pembangkang sama ada pilihan raya Dewan Undangan Negeri atau Pilihan raya kerusi Parlimen tegas aktivis masyarakat tempatan. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan