Ahad, 26 September 2021

PUAKA BUKIT TAK BER 

GANJAK Oleh.

 Gason Dumiri 
Kiulu. Bukit Landai Gonipis, Kinikiran, Segindai Dongkungon  dan Gumagandang  dipersempadanan Parlimen Tuaran dengan Parlimen Sepanggar masih misteri dan tidak ada kajian khusus bagi merungkai segala mistik dikawasan tersebut sejak sekian lama namun banyak sejarah lama yang dialami para peneroka kawasan tanah bergeran tersebut masa kini. 

Sejarah pelbagai penemuan ganjil sekitar bukit tersebut sejak ratusan tahun dahulu dikalangan peneroka terdahulu masih menjadi ingatan dikalangan generasi warga penduduk sekitar sehingga ke hari ini namun tidak ada penggerak merungkai sejarah sebenar sebelum kru Media Terkini Jasly Dollah dan Arman Karim @ Doriso berjaya merakam manusia berbaju merah berkulit hitam waktu pagi beberapa tahun lepas disalah sebuah tempat dalam kawasan bukit terlibat. 

Menurut sejarah terdapat juga Batu Besar Gumagandang dikawasan tersebut dengan berbunyi gong setiap kali musim hujan panas menandakan terdapat perkampungan makhluk ghaib sekitar bukit berkenaan namun sukar dijelaskan dengan kata kata tanpa rungkaikan pakar ilmuan bagi menjejaki peristiwa sebenar bukit berkenaan 

Beberapa wargatua sekitar Kg. Logkou Baru dan Kg. Kebayau Tamalang merungkai sejarah dikawasan terlibat memerlukan sedikit kebatinan bersandarkan Allah swt agar tidak menjejaskan warga penduduk sekitar jika tersalah langkah dalam gerak jejak makhluk ghaib apa tak lagi generasi orang luar perlu mendapat keizinan dikalangan Pemimpin Kampung Setempat ujar mereka. 

Para pengkaji didalam ghaib yang berhasrat merungkai misteri di Bukit tersebut boleh berhubung terus dengan Ketua Ketua Kampung berhampiran atau Badan PJKK kampung berhampiran bagi mendapat maklumat lebih lanjut didalam sejarah berkenaan.












Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur .Pengarang 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan