Oleh. Norzaitie Kirwan
PERANGAI ANGKUH SOPAN TIADA
(Gambar Disiar Sekadar Hiasan)
Sabah. Beberapa pengangkutan awam melaporkan segelintir gadis gadis tempatan berhabis sakan mencantik perwatakan diri bila berdampingan lelaki warga asing disamping mengukir senyuman menawan, sebaliknya dengan lelaki warga asli negara Malaysia amnya anak negeri Sabah bukan main menukar senyum dengan muka masam disamping bagai nak terkam marah penuh kebencian tanpa usul pereksa siapa didepan mata.
Dengan perilaku segelintir gadis gadis tempatan menyorong senyum kepada lelaki warga asing mengakibatkan ratusan cara lelaki asing memikat gadis tempatan sehingga menawan mereka menjadi isteri, setahun kemudian baru timbul kisah sebenar bahawa lelaki warga asing berkenaan sudah beranak isteri dinegara asal membuatkan gadis tempatan yang menjadi isteri terpaksa akur nombor dua jika tidak meminta cerai penuh derita.
Kisah benar ini diceritakan oleh beberapa pemandu kenderaan pengangkutan awam Sabah dalam tinjauan rambang kru media dekat sini hari ini, malah golongan pemandu pengangkutan awam Sabah juga mengingatkan gadis gadis tempatan agar tidak terpengaruh dengan ketampanan lelaki asing, fikir panjang terlebih dahulu agar tidak terus menhadi mangsa isteri kedua, ketiga demi menjamin masa depan yang terbaik agar dihormati oleh seluruh masyarakat asli dalam negeri Sabah nahupun Malaysia amnya ujar mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan