Khamis, 4 April 2019

CONTOHI KEPIMPINAN JACINDA
Oleh. Williem Anak lagau
Kuala Lumpur. Pemimpin bukan Islam dalam Malaysia wajar mencontohi kepimpinan Perdana Menteri New Zeland Jacinda Ardern yang amat menghormati penganut Islam sehingga bertudung melawat keluarga mangsa pengganas dari Australia demi menjaga kesedihan setiap keluarga mangsa, berbanding dalam negara Malaysia yang terlalu kerdil namun bila umat Islam bersatu dalam satu perjuangan demi memertabatkan agana sebagai simbol negara berdaulat menerusi Islam sebagai agama rasmi negara dibawah kedaulatan BerRaja ada pula orang tak sedap hati sehingga pelbagai tohmahan dilemparkan agar umat Islam berpuak puak dan berbelah sesama sendiri.
Kemelut seumpama seharusnya disedari seluruh umat Islam dalam negara Malaysia agar tidak diperdaya dengan politik pecah dan perintah dikalangan mereka yang bimbang umat Islam bersatu, ketakutan pihak tertentu yang mahu menggagalkan Islam bersatu menerusi satu misi perjuangan boleh dipelajari dari sekarang agar sampai masa nya seluruh umat Islam mampu menepis perjuangan mereka yang hanya mahu memperjuangkan agenda mereka menguasai negara ini.
Umat Islam Malaysia tidak pernah menghalang sebarang permaufakatan agama lain walaupun bebas menyebarkan buku buku agama dan ajaran pada penganut seluruh sahabat mereka setiap masa, maka tidak wajar lah pula golongan tertentu cuba bermin api mahu menidak segala kometmen seluruh umat Islam bersatu menerusi badan NGO demi menghalang budaya asing yang cuba disemai bagi memecahbelahkan perpaduan umat Islam dalam negara Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan