Rabu, 3 April 2019

Oleh. Jasly Dolah
RAJA MADU MENGAKU WARGA KENINGAU?
Sabah. Seorang penjual madu tualang dan kelulut bergerak aktif di Kota Kinabalu mengaku anak jati Keningau namun loghat bahasanya ganjil serupa loghat yang baru sampai dari negara jiran semasa ditemui kru media dekat sini,  anehnya ramai warga Sabah tidak mengenali antara anak negeri dan warga asing yang berniaga secara bergerak mengaku madu asli sedangkan sarang madu tualang yang dibawa melebihi usia lima tahun berdasarkan sumber maklumat anak negeri Sabah yang pakar memanjat madu tualang asli walau dimana juga berada dipelusuk Sabah ujar mereka.
Kru Media yang menemubual penjual Madu Tualang dan Madu Kelulut sememangnya berasal dari keturunan Keningau Tambunan bercakap bahasa ibunda asli setempat terkedu senyum berikutan penjual terlibat angkat kaki tidak menjawab akibat tidak faham dan dipercayai bimbang pecah tembelang pembohongan mereka.
Berhati hati membeli Madu Tualang dan Madu Kelulut bagi UMAT ISLAM SEJAUH MANA KAH PEMBUATAN MEREKA DALAM KONTEKS HALAL memandangkan sebilangan pengendali dilaporkan bukan beragama Islam dimana mereka tidak faham isu halal dan haram jelas umat Islam yang ditemui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan