Khamis, 2 Mac 2017

Oleh. Arman Karim
KEHILANGAN LAGENDA FILEM TIADA GALANG GANTINYA
Sabah. Rakyat dalam negeri ini merasa sedih keatas pemergian Alahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin umpama pergi tiada galang gantinya dalam industri perfileman yang cukup memberi pengajaran dan teladan kehidupan masyarakat berbilang kaum, sungguhpun rakyat Sabah jauh dari keluarga Alahyarham namun doa terus dilafaz agar rohnya diberkati Tuhan disamping seluruh keluarga Alahyarham sentiasa tabah serta dilindungi oleh Tuhan setiap langkah meniti kehidupan setiap hari.
Selain dari penggemar seni lakon filem individu yang sekadar menonton lakonan Alahyarham sekali sekala turut merasa betapa sukar mendapat pelakon serupa dimana cara menghayati watak luar biasa umpama Peristiwa Bukit Kepong hingga kini tidak ada pelakon setanding dengan lakonan Alahyarham, tidak hairan lah seluruh masyarakat bumiputera Sabah amat berdukacita keatas pemergian alahyarham walaupun sebilangan dari warga Sabah jauh terasing terhadap keluarga alahyarham namun atas sebab minat seni lakon nya kami sebilangan orang Sabah tidak lupa menyampaikan amanat ini sebagai ingatan dan kenangan sepanhang hayat terhadap seluruh keluarga alahyarham. SEKALONG UCAPAN TAKZIAH DIATAS KEMBALINYA KERAHMATULLAH TAN SRI JINS SHAMSUDDIN SENILAKON TERBILANG DIKALANGAN PEMINAT DISABAH. SEMOGA SELURUH KELUARGA ALAHYARHAM TABAH MENGHADAPI KEKUASAAN TUHAN PEMERINTAH SELURUH ALAM. DARIPADA, 1. MR. DAIMIN SULUKAN   2. DONIUS BULANGOU  3. RICHARD DAUT NASUN  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan