Rabu, 1 Mac 2017

Oleh. Jopis Anak Lagau
JENTERA BN BAGAI MENANTI PILIHAN RAYA?
Sabah. Bahang pilihan raya Dewan Undangan Negeri bagai terasa oleh seluruh rakyat dalam negeri ini berikutan pelbagai program dianjurkan kerajaan BN bagi memperkasa jentera diperingkat akar umbi menawan hati rakyat jelata sejak beberapa bulan yang lepas, hasrat murni kerajaan adalah menggerak pemimpin bawahan menemui seluruh lapisan rakyat jelata dalam kawasan masing masing agar mendapat tahu lebih dekat pelbagai keperluan mereka untuk diberi perhatian dan cara membantu mereka kelak. Dalam pelbagai usaha kerajaan menggerak jentera agar pemimpin bawahan mereka mendekati rakyat tidak kurang pula penggerak bawahan kerajaan berkenaan sanggup menjadi duri dalam daging atau gunting dalam lipatan menindas rakyat yang sering mengutarakan teguran membina kearah memperbaiki imej kerajaan dimata rakyat setiap masa, sikap seumpama menyebabkan rakyat jelata terus hilang keyakinan pada kepimpinan diperingkat kawasan Dewan Undangan Negeri dari penjawat parti politik (BN) bermula PPM, CDO, PEMAJU MASYARAKAT, JKDB, KAPITAN, KETUA KETUA KAMPUNG dan JKKK yang diamanahkan kerajaan membantu rakyat dalam kawasan mereka setiap masa dan bukan berlagak mendabik dada bagai penuh kuasa tidak bersama orang ramai sekeliling. Terdapat juga sebilangan pemimpin diperingkat bawahan memilih rakyat jelata yang didekati atau disalurkan pelbagai bantuan kerajaan tanpa terasa serba salah apa tak lagi rakyat yang sering membuat teguran terhadap pelbagai kesilapan berulang dikalangan pemimpin seluruh kawasan dalam negeri ini walaupun tidak disedari masyarakat setempat, ini menyebabkan ramai generasi muda mudi masa kini lebih lantang bersuara tanpa batasan menerusi pelbagai laman sesawang bagi menyuarakan rasa keciwa mereka terhadap kepimpinan bawahan yang membelakangkan amanat yang diarah oleh kerajaan pusat pada mereka bagi membela seluruh rakyat. Demikian hasrat kerajaan BN bagi menitif setiap perjuangan mereka kearah rakyat mencapai kemajuan bersama tanpa berlaku keteresan dikalangan rakyat jelata sejajar dengan pencapaian negara maju 2020 akan datang, disebalik agenda wawasan ini seluruh pemimpin kerajaan diperingkat bahagian Dewan Undangan Negeri atau menerusi setiap kawasan Parlimen wajar menjalankan tugas dengan penuh amanah dan bertanggongjawab serta jujur pada semua rakyat dalam kawasan mereka tanpa menggunakan birokrasi amanat kerajaan pusat terhadap kepimpinan bawahan setiap tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan