Rabu, 1 Mac 2017


GAMBAR ATAS. MR. KANUL GINDOL
GAMBAR BAWAH. DR. ZAKIR NAIK

Oleh. Bujie Tukarang
SOKONGAN PADU UNTUK TANAH AIR KITA
Sabah. Semua suara kearah memperbaiki kedudukan tanah air kita tidak salah sesiapa juga rakyat jelata memberi sokongan apa tak lagi memperkasa kedaulatan negara kita bersama, ragam pemimpin politik dalam kompenan BN masa kini tak makan teguran umpama menyimbah air pada Daun Keladi tak setitispun yang kekal membasahi daun tersebut serupa juga dengan teguran masyarakat masa kini tidak dihiraukan pemimpin BN masa kini. Sebagai rakyat yang mahu melihat negara kita dilandasan yang betul usaha dan doa perlu seiring dalam seluruh jiwa masyarakat berbilang kaum masa kini agar mampu merealisasikan terbaik terhadap negara kita, dalam konteks politik masa kini sesuatu yang wajar disedari masyarakat adalah kesafahaman perjuangan keyakinan kewibawaan disamping berani berhadapan dengan pelbagai cabaran mendatang terutama membawa suara rakyat berbilang kaum sebenar sebagai pembelaan nusa bangsa kearah rakyat maju seiring pembangunan negara.
Aktivis Politik dan Penulis Veteran Kanul Gindol berkata demikian sebagai suara sokongan bertujuan membela nasib rakyat jelata agar tidak ada yang tercicir menjelang 2025 apa tak lagi berusaha membasmi kemiskinan diperingkat luar bandar supaya mampu seiring dengan kesedarhanaan wargakota, peluang peluang perusahaan dan perniagaan pada yang berminat diperingkat kampung wajar ditinjau pemimpin masyarakat masa kini disamping berusaha memberi perubahan corak pertanian moden agar sumber pendapatan rakyat meningkat pada masa hadapan jelas beliau.
Media Terkini mendapat maklumat dikawasan Parlimen Kota Belud bahawa Kanul Gindol  merupakan orang yang prihatin disamping pemurah menghulur sumbangan terhadap fakir miskin sebenar sejak sekian lama, malah beliau juga aktif dalam beberapa badan NGO serta giat menulis buku buku politik isu isu semasa menyebabkan ramai warga desa mengenali beliau yang tidak membezakan darjat pemimpin dengan rakyat jelata tegas warga Kota Belud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan