Sabah. Jangan ghairah mempromosi politik
dengan kami warga desa jika hanya menabur janji tanpa sebarang bantuan hendak dihulur, golongan seumpama hanya meraih sokongan undi menjadi Wakil Rakyat bergaji namun tidak semua akan mengenamg rakyat desa kelak.
dengan kami warga desa jika hanya menabur janji tanpa sebarang bantuan hendak dihulur, golongan seumpama hanya meraih sokongan undi menjadi Wakil Rakyat bergaji namun tidak semua akan mengenamg rakyat desa kelak.
Ini kerap sekali terjadi bila menjelang pilihan raya parti parti politik saling menonjolkan pemimpin muka baharu mereka disetiap Dun dengan seribu matlamat namun rakyat sekadar sedap dengar, berdasarkan pengalaman tidak sudah ini warga desa mengingatkan parti politik dan pemimpin menonjolkan diri supaya jangan banyak bercakap sebaiknya buktikan bantuan iklas sebenar pada warga yang ditemui setiap perjumpaan.
Ini disuarakan oleh Tok Lebai Sabah yang sudah bosan dengan pertumbuhan pemimpin baharu dengan pelbagai jenama parti konon nya berjuang untuk rakyat, hakikatnya pemimpin baharu dengan pelbagai jenama parti hanya meminta diundi menang supaya menjadi wakil rakyat bergaji terutama Parti Parti Baru tanpa bantu orang miskin katanya.
Tok Lebai Sabah berusia 66 tahun berasal dari Tambunan kini menetap dibandar Kota Kinabalu mengingatkan pemimpin parti politik baru amnya dari parti parti baru menonjol agar mempamerkan bukti membantu rakyat, jika 5 kilo beras dan 5 tin sardin pun tidak mampu menghulur bantuan pada orang miskin dimasa menjelang raya tiap tahun baik tak payah berpolitik kelak ditolak warga desa juga katanya.
Menjawab soalan Media Terkini Harian Kuala Lumpur dekat sini, Tok Lebai Sabah mendedahkan perkara tersebut demi membela rakyat miskin diluar bandar yang sentiasa dimainkan sebilangan pemimpin politik baru tanpa keiklasan membantu, orang miskin bukan mendengar pelbagai hujah meninggi gunung pidato minta sokongan undi sebaliknya mereka semuanya mengharap orang parti politik hadir menghulur bantuan seiklasnya tegas beliau.
Tok Lebai Sabah yang juga bekas anggota keselamatan negara mengingatkan muka baru dalam politik yang mewakili parti parti yang tumbuh bagai cendawan khususnya PARTI PARTI BAHARU supaya bersikap rendah diri, jangan sesekali berlagak sudah dikenali warga Sabah sedangkan belum lagi turun gelanggang bertanding dalam pilihan raya bagi memenangi kerusi Dun mahupun Parlimen dalam negeri Sabah katanya.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan