Plastine. Tentera Israel terus menggempur dan membunuh petugas
Kejahatan Israel bukan sahaja dirasai Plastine malah dunia sentiasa melihat kekerasan yang dilakukan oleh mereka setiap hari namun tak ada pihak yang mampu menghalang segala pembunuhan kejam Israel tiap hari.
Kekejaman Israel masa kini bukan sahaja tertumpu kepada warga Plastine di Gaza serta Rafah malah ianya juga disasarkan kepada petugas kebajikan amal dalam dan luar negara termasuklah bantuan dari negara negara Asian dan timur tengah amnya, sistem bantuan kepada penduduk Plastine di Gaza mahupun Rafah sering diperhatikan oleh Israel setiap masa dan jika bermasaalah dengan perjuangan Israel pasti mereka akan serang habis habisan sehingga tewas sama sekali.
Dalam kejadian terbaru Hospital Al Syiffah hancur sama sekali dibedil oleh Tentera Israel tanpa sebarang perikemanusiaan dengan alasan memburu pejuang Hamas, Hizbollah dan AlQassam, namun majoriti yang terkorban adalah orang awam serta pesakit dan petugas dihospital berkenaan namun negara negara maju serta kuasa kuasa besar langsung membisu tanpa suara.Setiap hari tentera Israel kerap membunuh dan mencederakan sesiapa sahaja rakyat Plastine di Gaza serta Raffah dengan puluhan ribu penduduk Plastine terbunuh, selain dari itu tidak ada rekod sebenar berapa puluhan ribu rumah penduduk Plastine serta bangunan awam yang sudah hancur musnah tanpa sebarang langkah negara kuasa besar menghukum Israel.
Tekanan Israel terhadap bumi Gaza dan Raffah cukup besar sehingga nyawa rakyat Plastine terus jadi taruhan mereka sebagai korban pembunuhan setiap hari, anehnya warga Gaza dan Raffah hanya menitiskan air mata meraka yang masih selamat dari pemusnahan etnik oleh rejim Israel dibumi mereka sendiri jauh sekali diselamatkan dunia.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan