Sabtu, 6 September 2025

MAHU SIHAT KELUARGA HAYATI IKLAN INI

Para pembaca Iklan ini boleh hayati semua jenis ramuan yang telah diadunkan untuk kegunaan setiap keluarga yang mahu membentuk kesihatan. 

     Membaca, memahami khasiat yang dirumuskan berkualiti disamping mencuba ada lah satu langkah membawa keluarga kepada kesihatan ter

pelihara demi kelancaran kerjaya seharian. 

      Dimanakah mendapatkan produk COSLO ini bagi Sarawak dan Sabah tidak perlu riasu, hubungi Penyiaran dan Pengiklanan Akbar Media Terkini Harian Malaysia ditalian 01138554026 dan 0194827829 Waktu Pejabat Sahaja.   SESIAPA YANG MENGHUBUNGI SELEPAS WAKTU PEJABAT TIDAK AKAN DILAYAN 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Tetkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Jumaat, 5 September 2025

DESAKAN CARI WANG JUAL DAGING ?

Oleh. Helary Sukiono

Sumatera. Dalam tekanan hidup tanpa kewangan seorang insan sanggup menangkap kucing yang bersih untuk dipotong dan dil

aporkan sebagai daging Kambing muda dijual kepada orang sekeliling kawasan Sumetara Selatan. 
        
      Kisah tersebut selepas Sujady ditahan pihak berkuasa Pagar Alam Sumatera Selatan bersama beberapa ekor kucing yang belum sempat disembelihnya, hasil soal siasat pihak berkuasa Sujady mengaku melakukan semuanya akibat buntu bagi mendapat sumber kewangan bagi sara kehidupan setiap hari.

        Menurut warga setempat pada mulanya mereka tidak tahu sebarang tekanan hidup Sujady namun apabila ada yang viralkan perbuatan nya seluruh Sumetara Selatan amnya berhampiran, maka seluruh Pagar Alam Sumatera Selatan  baru tahu perniagaan Sujady adalah daging Kucing yang dijual RP120,000 dan jika ditawar pembeli diturunkan RP100,000 sahaja bagi 1 Kg ujar mereka. 

       Media Terkini dimaklumkan Sujady masih lagi dalam siasatan untuk tindakan lanjut pihak berkuasa Sumatera Selatan sehingga berita ini ditulis, namun ada juga warga mencadangkan kepimpinan desa harus mengambil tahu warga mereka yang susah mencari kehidupan agar diberi jalan kearah mendapat kewangan.

       Hakikatnya masa kini ramai warga yang melihat orang susah atau berniaga kecil kecilan diketepikan masyarakat mereka sendiri, malah ada yang memboikot perniagaan halal dilakukan warga yang dikenali sehingga ada yang berpura pura tidak mengenali peniaga berkenaan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

PENCEROBOHAN ISRAEL SAMPAI BILA?

Oleh. Huzera Ben, Helary Sukiono dan Danny Rew

Gaza. Pelbagai jentera dibawa rej

im zionis Israel mengepung bumi Gaza, bukan sahaja memusnahkan rumah kediaman, malah menangkap imam 
Masjid yang tidak bersalah dan ditahan bagai orang banduan.

      Rejim zionis Israel membawa masuk pelbagai jenis Kereta Kebal  Berantai dilapor hendak memburu pejuang Hamas dan AlQassam, namun semua cedera dan terbunuh adalah orang awam rakyat Palestin yang tidak berkaitan dengan dengan kegiatan para pejuang diburu Israel ujar warga Gaza. 

    Perlakuan rejim zionis Israel menyerang dan membunuh tanpa memilih kumpulan pejuang atau orang awam menjadi kemarahan penduduk Palestin, malah negara Arab sekeliling Gaza juga membidas zionis Israel yang gagal mencari sebenar persembunyian para pejuang yang mereka buru sebenar. 

      Satu harapan penduduk Gaza masa kini adalah meminta para pemimpin negara negara kuasa besar mengusir Israel dari bumi Gaza, pengusiran zionis Israel dibumi Gaza hanya langkah utama menyelamatkan setiap nyawa rakyat Palestin setiap hari dibumi Gaza sepanjang masa tegas mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

UCAPAN KHAS MAULIDURRASUL TAHUN 2025

Selamat Menyambut Maulidurrasul Pada 5 September 2025. 

       Kepada Seluruh Pelanggan Akbar Media Terkini Harian Malaysia, Sama Ada Didalam Mahupun Luar Negara Masa Kini, Semoga Kita Semua Menghayati Perayaan Ini Bersandarkan Kepada Junjungan Nabi Muhammad SAW Agar Mengingati Rasulullah Disetiap Langkah Kehidupan Kita Setiap Hari Tanpa Terlewat Walau Seketika Pun Di Muka Bumi Kita Masing Masing.

Daripada.


Akbar Media Terkini Harian Malaysia, Serta Kru Didalam Dan Luar Negara Bersama Kru Penyiaran Dan Pengiklanan Amnya Group Produck Coslo Malaysia.







 Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Khamis, 4 September 2025

PENUNGGANG PEMBONCENG SAMA DEGIL?

Oleh. Koijul Hairol

Sabah. Sebilangan penunggang dan pembonceng motorsikal  terus dengan trend mereka 'biar lah dekat ja', terus bergerak tanpa helmet atau topi keledar diatas jalan raya sambil ditonton pemandu kenderaan lain. 

      Ini lah yang berlaku dinegeri Sabah setiap hari dan menjadi tontonan orang awam tidak kira lelaki, wanita dan kanak kanak serupa sahaja tanpa ada yang menegur, anehnya jika disaman pihak berkuasa ramai pula melenting marah konon nya tidak bertimbangrasa dan pelbagai lagi kemarahan mereka walaupun sudah salah dalam perundangan.

        Kejadian terbaru kiriman pelanggan akbar Media Terkini Borneo mempamerkan penunggang dan pembonceng lelaki dan wanita tanpa helmet disebuah pekan pada siang hari, kejadian serupa dilaporkan hampir setiap hari berlaku tanpa ada yang berani menegur melainkan majoriti warga sekadar menonton perlakuan mereka yang melakukan nya.

          Ramai penunggang dan pembonceng motorsikal setempat bagai tidak kisah dengan perbuatan mereka tanpa helmet tiap hari walaupun terus menjadi tontonan warga sekeliling, warga pembaca Media Terkini melaporkan kejadian serupa bukan perkara baharu namun bila ada petugas beruniform mereka akan tinggalkan motorsikal tepi kedai dan pasar setempat.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

MAMPUKAH BN SELAMI POLITIK SABAHAN?

Oleh. Gifkir Aming dan Williem Anak Lagau 

Borneo. Dalam menanti Dun Sabah dibubarkan, adakah BN sudah menyelami situasi politik rakyat negeri tersebut yang mampu berubah dalam sekelip mata, ini sangat mengelirukan jika PH dan Gabungan Rakyat Sabah membentuk kerjasama namun dulaporkan tidak ada perbincangan pula dengan BN. 

       Jika Kerjasama antara PH dan Gabungan Rakyat Sabah  sahaja dimeterai pastinya ada kemungkinan kawasan BN mungkin ditandingi GRS bagi perjuangan politik mereka dimasa hadapan, jika ini bakal berlaku pastinya BN bukan sahaja berdepan GRS, WARISAN, PKDM dan beberapa politik kecil Sabahan lain yang nekad bertanding penuh dalam PRN tersebut. 

        Pengurusi Barisan Nasional Dato' Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri  meyakinkan persediaan mereka didalam pilihan raya wajar turun padang mendengar suara rakyat biasa dipelusuk negeri ini, sebilangan suara pemimpin politik bahagian dan cawangan tanpa mendepani rakyat jelata cara keseluruhan belum menggambarkan satu kemenangan mutlak ujar rakyat yang ditemui. 

       Ada juga warga Sabah melaporkan teknik warga pengundi yang terabai mampu berpusing berpindah parti didalam saat saat akhir jika golongan terlibat diabaikan, pengetahuan ini wajar disedari kepimpinan BN jika mahukan rakyat jelata Sabah kembali setia memberi sokongan kepada mereka pada pilihan raya negeri hujung tahun ini. 

       Apapun suara dan pandangan rakyat Sabah memastikan kemenangan BN dalam PRN akan datang hanya bergantung dengan langkah utama pengurusi parti bagi menggerak anggota bawahan nya bersama rakyat, sedikit kealfaan atau kelalaian mengabaikan rakyat jelata diperingkat bawahan mampu mengurangkan sokongan undi yang diharapkan pada setiap Kerusi Dun yang ditandingi ungkap rakyat hari ini.





Nota. Dilarang menbuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Rabu, 3 September 2025

ISRAEL TERUS MEMBUNUH DI YAMAN

Oleh. Danny Rew, Helary Sukiono dan Huzera Ben

Yaman. Rejim zionis Israel terus membunuh para pemimpin Houti 

dan pemimpin AlQassam tanpa rasa perikemanusiaan.        Malah kebanyakan sera

ngan rejim zionis Israel adalah  dilaporkan menghancurkan musuh didalam bangunan agar 
tidak berkesempatan meloloskandiri dari peperangan. 

     Bayangkan lah pejuang Houti 

dan pejuang AlQassam adalah kelompok politik Islam yang bernaung dibumi sendiri, sebalik nya diserang sesuka hati rejim zionis Israel membunuh tanpa perikemanusiaan ungkap warga Yaman hari ini. 

        Kemelut dan keganasan Rejim Zionis Israel menyerang penempatan umat  Islam dibumi Gaza hanya dengan alasan memburu pejuang Hamas dan AlQassam, sebaliknya yang lebih banyak terbunuh ada anak anak serta wanita rakyat Palestin serta rumah rumah penduduk yang musnah menyembah bumi  lapor mereka penuh keciwa. 

        Satu lagi langkah rejim zionis Israel adalah menggunakan perisik bagi mencari ketua ketua pemimpin pejuang untuk dimusmahkan mereka walau apa cara sekalipun, sedikit sahaja kelekaan kumpulan pejuang bagi mempertahankan kubu markas mereka pasti mampu diceroboh rejim zionis Israel dengan persenjataan canggih dan moden.

     Sehingga berita ini ditulis beberapa pemimpin AlQassam dan pemimpin Houti telah berjaya dibunuh oleh rejim zionis Israel, para penyokong perjuangan pemimpin mereka yang dibunuh Israel diberi kata dua akan mendapat serangan balas dari perjuangan mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang