Sabtu, 23 Jun 2018

 WARNA WARNI TERBUKA RAYA
SAKIT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL
(TUKANG PEMBERSIH JUGA TERIMA TUGAS)
Oleh. Basron Kirwan
Menggatal. Rumah terbuka rays sangat dinantikan pelbagai lapisan masyarakat warga Malaysia di Sabah walau
dimana juga dianjurkan dengan tekad sama sama mahu membersihkan persekiraran tempat penganjuran apa tak lagi jika tempat penganjuran telah disediakan pelbagai tempat pembuangan sampah demi mencerminkan kebersihan negara bersama Sabah Tanah Airku, namun dalam situasi Rumah Terbuka raya disalah sebuah gedung pusat beli belah Bandar Seirra hari ini 23 June 2018 ianya diluar jangkaan dimana budaya dari luar negara dibawa membuang sisa makanan, minuman, kuah kuah kari, kuah kicap, sisa tulang, sisa daging, sisa ikan, sisa minuman didalam mahupun luar bangunan walaupun tong sampah disediakan disemua sudut tempat duduk yang telah disediakan oleh pengurusn bangunan namun lumrah dilaporkan ianya dilakukan oleh warga asing yang membanjiri Rumah Terbuka Raya tanpa disedari pihak masyarakat sekeliling mengakibatkan pembersih bangunan berkenaan bermandi keringat bagi membersih lantai bangunan dan luar bangunan berkenaan dimana amat jelas dilihat warga tulen Sabah 40% manakala 60% dilapor warga asing datang makan raya ujar pengunjung bangunan dan peniaga dalam bangunan tersebut.
Penganjur perayaan setiap tahun perlu menitik beratkan keselamatan dan kebersihan agar seiring mencerminkan masyarakat  berdisiplin dari sudut mata para pelancong asing yang setiap hari silih bertukar ganti dalam negeri Sabah, selain dari itu ada juga para pesara keselamatan negara mencadangkan bagi
membenteras kebanjiran PATI
dalam negara lebih baik diada
operasi memburu PATI disetiap ruang pintu lokasi penganjuran perayaan agar PATI dapat disiparkan dalam negeri Sabah ujar orang tempatan Sabah.
Menurut pengunjung Rumah terbuka raya berkenaan warga asing yang menghadiri majilis berkenaan dengan berani membuang sahaja pinggan buang pakai bersama sisa makanan didalam dan luar bangunan gedung beli belah Bandar Seirra seolah olah tidak ada mata memerhatikan mereka yang jelas terlalu ramai berbanding orang tempatan, malah tandas disetiap penjuru bangunan berkenaan juga menjadi kotor dan berbau dalam sekelip mata dari tingkat bawah hingga tingkat 1 yang mudah dicari bagi membuang air besar dan air kecil tanpa mencuci selepas menggunakan tandas awam terlibat dan menjadi perhatian mata pengunjung dikalangan orang orang tempatan serta pihak pelancong asing yang hadir pada rumah terbuka raya berkenaan.



Jumaat, 22 Jun 2018

RINGKASAN BERITA
RAMAI RAYA DICEMARI SAMPAH (23 June 2018)
Menggatal. Ramai raya digedung Bandar Seirra amat memalukan berikutan kebanjiran orang asing yang menjijik dan mencemar nama baik orang asli Sabah dengan linggokan SAMPAH disetiap tangga serta penjuru bangunan dengan pinggan, sudu dan sisa makanan yang dibuang oleh warga asing yang membanjiri Hari Raya Terbuka yang mengharap tetamu hadir beradab dan bersopan, sikap pengotor warga asing sepanjang majlis tersebut sungguh diluar dugaan pihak penganjur majlis tersebut memandangkan kebanjiran warga asing sememangnya terlalu ramai bagaikan Bandar Manila sahaja mrmenuhi gedung terbesar berkenaan tanpa disedari oleh anak jati warga asli Sabah yang juga memantau dan beriadah Hari Raya berkenaan.
BERPANDANG PANDANG LAH SETIAP YANG MEMBANJIRI PELBAGAI PERAYAAN DIPELUSUK NEGERI SABAH DARI MASA KESEMASA TEGAS ORANG RAMAI. Oleh. Noor Abdullah
MISTERI KHAZANAH ALAM ATAU MISTIK GARAPAN MANUSIA?
Oleh. Basron Kirwan
Sarawak. Gemparkan cerita misteri dialam maya apabila pelbagai misteri dilaporkan menjadi warisan penemuan dalam bumi Borneo memiliki kekuasaan luar biasa sukar dirungkai dengan kata kata namun secara umum tidak ada suara reaksi mengesahkan cerita diutarakan menerusi alam maya setiap jam mahupun harian, merungkai peristiwa ini kita cuba memberi pandangan berguna kepada umum dimana setiap apapun khazanah alam yang telah diperolehi harus memiliki pencapaian yang sahih tanpa keraguan penuh acuan sebagai cahaya keinsafan semua pihak dimuka bumi ini.
Dalam pendedahan alam maya BATU KIMAH penuh keajaiban diperolehi individu yang memiliki pengalaman luas dalam bidang khazanah alam penuh mistik dan jika dipergunakan mampu mendinding diri dari pelbagai ganggian mahupun ancaman secara tidak disedari dengan kaedah luar biasa sejajar keyakinan pihak empunya diri, dalam konteks ini juga setiap masyarakat perlu
berwaspada dalam apa juga keganjilan alam dimuka bumi ini jelas orang yang ditemui.




Khamis, 21 Jun 2018

Oleh. Jopis Anak Lagau
JANGAN LEPAS TANGAN BATU PUTIH
Johor. Sebilangan rakyat negeri Johor meminta kerajaan PH masa kini agar terus memperjuangkan serta memelihara 5 Batu Putih yang terus menjadi pertikaian Malaysia Dan Singapore semasa kerajaan BN yang lalu, dilaporkan masa kini kerajaan PH tidak minat meneruskan tuntutan pemilikan Pulau Batu Putih yang dikaitkan keatas neeri Johor pemilik pulau terlibat sejak sekian lama.
Sama sama lah kita berganding bahu mempertahankan kedaulatan tanah air  kita dari cubaan ambil alih orang luar tanpa keizinan dari pengudi kawasan Johor jelas golongan penghuni Johor tegas mereka.

Rabu, 20 Jun 2018

ISU PEMERIKSAAN DILAPANGAN TERBANG TIDAK HARUS DIPERTIKAI
Oleh. Pesara Keselamatan
Sabah. Pemimpin Kerajaan Negeri seharusnya memahami prosuder pemeriksaan keselamatan disetiap pintu masuk dalam negeri demi keselamatan dalam pelbagai sudut tanpa mempertikaikan sesuka hati mengikut acuan politik apa tak lagi semua petugas diberi tanggongjawab merupakan memiliki garis panduan yang ditetapkan tanpa bertindak sesuka hati,  jika kakitangan dalam pemeriksaan pintu masuk leka atau lalai menjalankan tugas bukan cara menghebahkan dalam akbar bercetak kes terlibat malah lebih baik dirujuk kepada ketua jabatan mengikut format yang ditetapkan oleh jabatan berkenaan agar pantas ditangani bersama demi nama baik kerajaan negeri Sabah setiap masa tanpa sebarang keraguan pihak pelancung dari dalam dan luar negara.
Demikian pendedahan A. Paulih seorang pesara Angkatan Bersenjata Malaysia sebagai menjelaskan perkara Pemeriksaan Pintu Masuk Lapangan Terbang Kota Kinabalu yang dilaporkan berbaris panjang dalam masa masa tertentu pemeriksaan masuk keluar dalam negeri yang dibangkitkan pemimpin kerajaan Sabah hari ini 18 June 2018, jika pemimpin kerajaan Sabah ingin tahu prosuder pemeriksaan keselamatan disetiap pintu masuk negeri negeri dalam negara Malaysia seharusnya memahami garis panduan setiap Jabatan penguatkuasaan yang berperanan mengawal setiap ketibaan golongan pelancong dari dalam dan luar negeri, serta apa juga pasukan yang menjalankan tugas dalam apa juga keadaan tanpa orang politik cepat melatah dengan situasi di Airport Kota Kinabalu.
Mari saling berkerjasama dan bantu membantu bagi memperbaiki keadaan tanpa membidas mana mana pihak agar membentuk nama baik bukan lah nama tidak baik dimata pelancong dalam jangkamasa panjang. GAMBAR DISIAR SEKADAR HIASAN

Selasa, 19 Jun 2018

RINGKASAN BERITA SEMASA
UMNO BOLEH BERSINAR JIKA KEPIMPINAN MEMBELA RAKYAT TANPA TERCICIR
 Oleh Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Kegemilangan UMNO boleh kembali sebenarnya jika kepimpinan tertingginya mampu membela seluruh rakyat jelata termiskin tanpa ada yang dicicirkan seperti kepimpinan dahulu sebelum PRU ke 14 yang lepas, kejatuhan empayar kerajaan UMNO dan BN pada PRU ke 14 adalah hukuman pengundi yang hidup susah tanpa dipantau oleh kepimpinan  UMNO dan BN disetiap bahagian selama 4 tahun mengakibatkan rakyat tercicir berpaling tadah menyokong parti pembangkang (sebelum pilihan raya ke 14) kini membentuk kerajaan PH hasil sokongan orang orang miskin.
Calon Presiden UMNO Tengku Razaleigh Hamzah juga mencadangkan kali ini membenteras politik wang boleh diterima pakai bagi langkah mengembalikan kegemilangan parti UMNO agar kembali semula menubuh kerajaan selepas PRU ke 15 akan datang walaupun cabaran terlalu getir namun peluang besar masih ada,  seluruh Malaysia Sarawak dan Sabah wajar lah UMNO bermuhassabah diri supaya dapat memberi kepercayaan pada rakyat jelata bahawa UMNO akan datang bakal dipimpin oleh muka baru dan bersih disamping berwibawa berhadapan dengan pemimpin parti lawan serta komited dalam memimpin dan membantu rakyat termiskin walaupun berlaku kurang menyenangkan rakyat Borneo jelas orang ramai.
Apapun terpulang lah pada rakyat Malaysia menilai pemimpin UMNO akan datang selepas pemilihan UMNO Malaysia akan datang.

Isnin, 18 Jun 2018

Oleh. Jopis Anak Lagau
Kuala Lumpur. WARNA WARNI PEMILIHAN UMNO TERUTAMA JAWATAN PRESIDEN PARTI YANG DILAPOR LEBIH 4 PENJURU PANAS DAN MENDAPAT CAMPURTANGAN ORANG DARI PARTI LAIN BAGAI ADA TANGAN GHAIB CUBA MENGGANGGU PEMILIHAN TERSEBUT. HARAPAN AHLI AHLI UMNO PEMILIHAN JAWATAN NOMBOR SATU DALAM UMNO BERJALAN BAIK DAN BERSIH TANPA CAMPURTANGAN ORANG LUAR DARI PARTI UMNO TEGAS MEREKA.


Gambar barisan kepimpinan UMNO yang berusaha mengembalikan kegemilangan parti dihati rakyat Malaysia penuh dengan tekad pembersihan.