Sabah. Semakin hampir penamaan calon
Ianya melibatkan parti GRS dengan Pakatan Harapan yang umpama masing masing mahu bertanding dikawasan bertindih, ini bakal memberi ruang dikalangan parti lawan memasang jentera mereka bagi menawan undi rakyat berpihak pada mereka kelak.
Antara parti yang panas dan bersendirian tanpa rakan kompenan di Sabah ialah, WARISAN dan PKDM serta satu kumpulan menggelarkan diri mereka BEBAS HITAM dilaporkan bertanding solo pada prn ke 17. Ramai parti parti kecil yang turut mengatur langkah mahu bertanding dalam prn negeri Sabah kali ini namun ianya tidak sehebat dikalangan parti parti yang memahami perjuangan bersama rakyat selama ini ungkap warga pengundi.
Menurut sumber dari UMNO BN mereka akan tetap teguh walaupun kurang sedikit kerusi yang ditandingi namun berdasarkan rakan dalam PH mereka akur, walaupun demikian ia dilaporkan tidak bermakna akan menurun kegaris yang tidak sesuai dalam pengagihan kerusi kelak demi menjaga rakan dalam BN Sabah seperti PBRS dan MCA jelas sumber yang diperolehi.
Jika GRS mahu menguasai kerusi dominan KDM tanpa memberi ruang terhadap UPKO dalam gabungan PH besar kemungkinan berlaku pertembungan antara PH dan GRS dalam kerusi terlibat, persaingan seumpama sudah lumrah politik Sabah sejak sekian lama jika tak dapat menguasai nya pasti masing masing akan meletak calon ditempat yang sama ujar mereka.
Apapun masih banyak masa untuk memperkemaskan parti politik masing masing agar tidak mudah dipecahbelahkan parti lawan yang mahu menang, sebaliknya memahami rakan dan terus turun padang menemui segenap lapisan rakyat khususnya luar bandar yang menanti pemimpin berjiwa rakyat dan bukan memburu YB saja.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan