Khamis, 7 Mei 2020

TIADA KEMATIAN COVID 19 HARI INI
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Kes kematian pesakit Covid 19 seluruh negara hari ini kekal 107 orang dengan kes baharu seramai 39 orang menjadikan jumlah kes keseluruhan hingga hari ini berjumlah 6, 467 orang semuanya.
Sementara dalam kes yang sembuh dan dicaj dalam hospital hari ini berjumlah 74 orang menjadikan kesembuhan sepenuhnya hingga kehari ini meningkat dengan jumlah 4,776 orang.
Setakat ini seramai 1,584 kebolehjangkitan Covid 19 telah diasingkan untuk mendapat rawatan dalam hospital masa kini.
Terdapat 19 orang pesakit Covid 19 sedang dirawat dalam Unit Kawalan Rapi Hospital (ICU)  dimana seramai 8 orang dilaporkan menggunakan alat bantuan pernafasan hingga hari ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan