RAKYAT CADANG TUNGGU PILIHAN RAYA
Oleh. Gason Dumiri
Kuala Lumpur. Pemimpin parti politik dalam negara tidak perlu berebut jawatan sebaik diputuskan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong kepimpinan Perdana Menteri yang baharu sehingga pilihan raya akan datang, pemilihan perdana menteri baharu dibuat berikutan berlakunya perletakan jawatan perdana menteri lama secara sah maka ianya dilakukan setelah mendapat sokongan sebilangan besar Ahli Ahli Parlimen yang diundi dalam masa pilihan raya mengikut perlembagaan negara Malaysia dan hakikatnya tunggu lah pilihan raya ke 15 akan datang.
Kiblih Husreh warga Limbang yang berkerja di Kelantan menyampaikan amanat ini sebagai pandangan kepada sebilangan pemimpin parti politik yang berhasrat mahu mencadang penukaran perdana menteri dalam sidang parlimen akan datang, dalam situasi negara masih mendepani penyakit Covid 19 adalah tidak sesuai dimata rakyat asyik mahu menukar perdana menteri mengikut kata hati sebilangan kecil pemimpin parti politik dalam negara berdaulat dan berperlembagaan apa tak lagi bagi kes masa kini dunia diserang Covid 19 tegas beliau.
Katanya lagi, sebaiknya pemimpin parti politik memerhati kepentingan pembangunan dan mempertingkatkan ekonomi rakyat dalam negeri masing masing agar kemajuan dan ekonomi dapat dinikmati rakyat keseluruhan amnya, masih banyak kemiskinan rakyat jelata yang wajar diberi perhatian disamping masih banyak jalan raya menuju kekawasan tanah perkampungan pertanian khususnya Sabah dan Sarawak yang wajar dibina secepat yang boleh berbanding mengimpikan menukar jawatan perdana menteri tegasnya.
Nota. Pandangan ini adalah suara hati rakyat yang dikemukakan, ianya tidak berkaitan dengan penyiaran media terkini. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan