Sabtu, 7 Mac 2020

 TIMBALAN PERDANA MENTERI DIGILIR LIMA TAHUN
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Pandangan Frof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkaitan perlantikan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari Sarawak dan Sabah mendapat sokongan dari warga kedua dua negeri tersebut dengan cadangan harus digilir setiap lima tahun sekali bagi memperkasa sokongan rakyat seluruh negara jelas En. Elwin dari Kudat (gambar ketiga bawah), malah En. Elwin yakin pandangan Frof. Doktor Mohd. Ridhuan Tee Abdullah sangat bermakna bukan sahaja warga Sabah dan Sarawak malah boleh dinikmati setiap negeri terpilih di Semananjung Malaysia dalam jangkamasa panjang katanya.
Bagi En. Donius Bulangou pula (Gambar tengah)  setiap pandangan perlantikan Timbalan Perdana Menteri perlu mendapat sokongan seluruh rakyat di Sabah Sarawak sepenuhnya demi memperkasakan masa depan politik perikatan nasional bersama GPS serta maufakat Sabah yang kini sehati menyokong Timbalan Perdana Menteri dimulakan sama ada Sarawak mahupun Sabah ujar beliau.
Apapun semua ini sekadar pandangan peribadi warga Sabah menyokong kenyataan cadangan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan